” Tangan Emelia tu, cute betul tidur.. ” – Netizen

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Kongsi Video Anak Kembarnya, Eusoff Dan Emelia Sedang Nyenyak Tidur. Namun Gaya Tidur Emelia Buat Ramai Terhibur Melihatnya. Amboi Emelia, Mimpi Terdampar Di Persisiran Pantai Ke Tu, Haha !!

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor antara tokoh yang sangat dikagumi ramai. Sering berkongsi pelbagai tips dan pelbagai video dalam penjagaan anak-anak, akaun Instagramnya sering kali menjadi tumpuan.

Sedia umum tahu bahawa pada hujung tahun lalu, Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya, Datin Dr Halina sekali lagi telah menimang sepasang anak kembar dan telah diberikan nama sebagai Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi video yang memaparkan Eusoff dan Emelia sedang tidur. Namun gaya tidur Emelia telah mencur1 perhatian ramai. Perkongsian video tersebut sehingga kini telah mendapat puluhan ribu tanda like.

Manakan tidak, melihat gaya Emelia yang ‘mendepa’ tangannya itu sehingga terkena wajah Eusoff kelihatan begitu comel. Nyenyak betul tengok Eusoff dan Emelia tidur, malah makin m0ntel dah sekarang .

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang mengatakan terhibur melihat gaya tidur Emelia itu. Antara komen-komen netizen adalah :

” Hahaha sy0k tengok Emelia sleep tangan macam tu. Usually what time the twins sleep n wake up in the morning dr.. “

” Even they are fraternal twins still nampak cam sama ya masa baby. Dah besar of course lah kita tak beza sbb different jantina.. “

” Amboiii look at emilia’s hand, soooo gigItable lah. Habis ruang dia ambil, Eusoff is redha lah, haha.. “

” Wow, abes kene t0mbok Eusoff . Bangun pagi, tgk mate leb4m haha. Ger4m lah tengok kembar ni, makin comel.. “

” Emelia be like, “I believe I can fly”, haha, so cute tengok gaya dia tidur. Makin hari makin cerdik dah.. “

” Amboi Emelia, mimpi terdampar di persisiran pantai ke tu, cute betul lah. Jadi anak yang baik tau Emelia dan Eusoff.. “

” Mmng ausome lah heee ttp comel and adorable. Saya suka tengok video kembar ni, kongsikan lagi nanti Dr.. “

Comel lah tengok gaya kembar ni tidur patut ramai yang terhibur melihatnya. Apa-apa pun semoga baby Eusoff dan Emelia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, solehah buat ibu dan ayah mereka.

Silakan SHARE…

Sumber : IG  Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..