” Tahniah, memang dipermudahkan sungguh pasangan ni.. ” – Netizen
Puan Seri Normala Samsudin Kongsi Gambar-Gambar Anak Lelakinya, Ashraf Roslan Sejurus Sah Bergelar Suami. Ada Cerita Di Sebalik Majlis Ashraf Rupanya. Alhamdulillah Semuanya Dipermudahkan !!
Hasil tinjauan kami di Instagram Puan Seri Normala Samsudin, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan anak lelakinya, Ashraf Roslan bersama pasangannya, Hilyati setelah selesai majlis akad nikah mereka.
Untuk makluman, Ashraf dan Hilyati mengik4t tali pertunangan April yang lalu. Dari kapsyen Normala, ada diceritakan mengenai kejadian di sebalik majlis Ashraf pada hari ini. Menurut Normala, anaknya hanya menghantar borang permohonan untuk menikah pagi tadi di pejabat agama.
Rezeki Ashraf dan Hilyati, secara kebetulan ada kekosongan untuk menikah jam 2 petang tadi dan mereka bergegas pulang ke rumah untuk bersiap. Tiada baju pengantin bertatah labuci segala, pasangan ini hanya mengenakan baju raya sahaja.
Pengantin musim p4ndem1k, semuanya serba sederhana. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk Ashraf dan Normala bersyukur perkara yang wajib sudahpun diselesaikan. Sahlah sudah Ashraf dan Hilyati sebagai pasangan suami isteri.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Sama cantik sama padan pasangan Ashraf dan Hilyati ini. Bertambah lagi menantu Normala dan perkongsian ini mendapat ucapan tahniah daripada peminat. Antara komen-komen mereka :
” Alhamdulillah tahniah Puan Seri Normala. Selamat pengantin baru untuk kedua-dua mempelai.. “
” Tahniah kepada pasangan pengantin. Baju tu lawa lah, manis sangat tengok Ashraf dan isteri. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. “
” Alhamdulillah tahniah puan seri. Anak menantu dah selamat bersatu. Memang rezeki Ashraf sungguh kan.. “
” Tahniah, Ya Allah mudahnya lah. Memang dipermudahkan sungguh pasangan ni. Rezeki siapa sangka. Tahniah puan seri.. “
” Alhamdulillah tahniah puan seri Normala dan anak serta pasangan. Dapat menantu lagi, makin meriahlah family Puan Seri.. “
Memang bertuah Ashraf, Allah permudahkan urusan untuk mendirikan masjid. Jika mengikut SOP L0ckdown yang bakal bermula esok, tiada majlis akad nikah yang akan dilakukan sepanjang tempoh itu.
Baju raya pun nampak cantik apabila dipakai di hari bahagia mereka. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. Kami di Berita Kopak mengucapkan sekalung tahniah untuk Ashraf dan Hilyati dan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akh1r hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Normala Samsudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..