” Mak dengan anak d4ra dah nampak macam adik-beradik.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Sharifah Aleya Bersama Anak-Anak Raih Perhatian Ramai. Wow, Aleya Maintain Muda, Macam Zaman Remaja !!

Masih ingat lagi akan pelakon Sharifah Aleya? yang juga merupakan bekas penyampai radio. Sharifah Aleya atau lebih dikenali dengan panggilan Leya terkenal menerusi filem ‘Idola’  pada tahun 2002. Namun kini, Leya tidak lagi aktif dalam bidang lakonan.

Walaupun tidak aktif lagi dalam dunia lakonan, Leya masih aktif di laman media sosial, dengan sering berkongsi gambar-gambar bersama keluarga buat tatapan peminat-peminat yang mengikuti perkembangannya.

Meninjau di akaun Instagram, Leya ada memuat naik gambar dia bersama anak-anaknya. Kelihatan sudah besar anak kembar perempuan Leya iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena yang telah pun berusia 12 tahun.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai yang melihat Leya dalam gambar tersebut tidak seperti ibu kepada empat orang cahaya mata. Malah sekali pandang, Leya seperti kakak kepada anak-anak kembarnya.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji bahawa Leya kelihatan awet muda dan tidak seperti usianya yang sebenar. Antara komen-komen netizen adalah :

” Mak dengan anak d4ra dah nampak macam adik-beradik, maintain muda betul lah Aleya ni, tak berubah.. “

” Apa rahsia sis ye, nampak muda tak macam umur sebenar pun. Anak-anak je nampk besar, mummy mereka tak pun.. “

” Muka saling tak tump4h macam mak dia. Semua adik beradik Sharifah Aleya ni memang awet muda, tak makan usia pun.. “

” Tengah belajar sama-sama dengan adik- adik ke tu Leya, haha gambar ni memang tak perasan baju biru tu Leya, igtkan kawan anak.. “

” Dari dulu sampai sekarang, tetap cantik je. Dah besar anak kembar kau Aleya, kejap masa berjalan kan.. “

” Besar dh anak-anak d4ramu  Aleya, masyaAllah. The best mom ever lah Liya. Bagus pantau anak-anak study.. “

” Omg classmates ke ni. Aza and Asha dah besar, dulu i layan your youtube channel when they were babies.. “

Betul nampak muda je Leya. Kalau tengok sekali pandang gambar tu, dah nampak macam kawan anak-anak pula. Selain Aza Ameena dan Asha Ameena, Leya juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan keduanya. Apapun, semoga Leya terus bahagia dan ceria selalu.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Sharifah Aleya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..