” Tahniah Datin Suliza. Cantik sangat Falah, suaminya pun kacak.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Majlis Pernikahan Anak Kedua Datin Suliza Salam, Falahi Zainal. Wah Dapat Menantu Lagi. Handsome Anak Dato’ Dr Mashitah Ni, Sesuai Sangat Dengan Falah. Sama Cantik, Sama Padan !!

Menurut laporan Portal Nona pada Januari lalu, puteri kedua Datin Suliza Salam, Falahi Zainal telahpun mengikat tali pertunangan dengan anak Dato’ Dr Mashitah, Muhammad Wafi Abdul Shakor.

Hasil tinjauan terkini kami di Instagram Datin Suliza Salam, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan Datin Suliza bersama Falahi, Izzati dan Ismail Izzani sebelum Falahi selamat diijabkabulkan dengan Wafi.

Meluahkan isi hatinya, Datin Suliza mengatakan hanya Allah sahaja yang tahu segala di benak fikiran seorang ibu saat ingin melepaskan anak tersayang ke tangan insan bergelar suami. Melangkah ke fasa bergelar isteri, banyak dugaan dan kesabaran yang diperlukan.

Dari bayi sehingga berusia 25 tahun, tanggungjawab digalas mendidik anak menjadi insan terbaik, hanya doa dipanjatkan untuk Falahi. Doa Datin Suliza untuk Falahi, agar puterinya ini sentiasa terpelihara dan di bawah rahmat dan kasih sayang Yang Esa.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Falahi di Instagramnya pula menunjukkan beberapa keping gambar sekitar majlis nikahnya ini. Sama cantik sama padan, bagai pinang dibel4h dua. Berseri-seri kedua mempelai dalam busana putih itu :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Datin Suliza dan Falahi ini mendapat ucapan tahniah daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah Datin Suliza Salam kusayang. Dapat menantu lagi, sama cantik mak dan anak. Semoga Falah menjadi Anak & isteri yang solehah, kekal bahagia hingga ke Jannah.. “

” Alhamdulilah congrats kak su dpt menantu lagi moga falah dan suami bahagia till jannah. Lepas ni tunggu Mail pulak naik pelamin.. “

” Alhamdulillah tahniah suliza salam. dpt lagi sorang menantu. Barakallah buat falazainal dan husband moga dipermudahkan segala urusan mengharungi alam rumah tangga Selamat pengantin baru.. “

” Congrats Fala, happy married life. Fala cantik dan berseri-seri betul. Sepadan la korang ni, sama cantik sama handsome.. “

” Congrats fala. semoga perkahwinan fala and wafi sampai ke syurga & jadi isteri yang baik untuk wafi. Cepat cepat buat baby.. “

” Tahniah DAtin Suliza, cantik sangat Falah, suaminya pun kacak. Semoga perkahwinan ini diberkati Allah dan berkekalan hingga ke jannah.. “

” Alhamdulillah, bersatu jua Falah dan Wafi. Falah cantik, menantu pun handsome bergaya. Semoga berbahagia selalu.. “

Alhamdulillah bertambah lagi ahli keluarga Datin Suliza. Kacak bergaya menantunya, Falahi juga jelita sama seperti Datin Suliza. Tahniah dari kami di Berita Kopak untuk Datin Suliza sekeluarga dan buat Falahi, semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Suliza Salam, Fala Zainal, Majalah Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..