” Comelnya kak Manja lukis gambar adik.. ” – Netizen

Gambar Lukisan Anak Elly Mazlein, Putri Sara Sefhia Raih Perhatian Peminat. Wah Bagi Hint Lagi Jantina Adik Ni, Cantik Lukisan Kak Manja !!

Umum mengetahui bahawa selebriti Elly Mazlein kini sedang berbadan dua dan semakin hari semakin banyak hint yang diberikan oleh Elly tentang jantina bayi yang dikandungnya. Peminat pula mula meneka jantina bayi mereka.

Meninjau ke akaun Instagram, Elly telah memuatnaik satu p0sting yang memaparkan lukisan yang dilukis oleh anaknya, Putri Sara Sefhia. Sefhia telah melukis dirinya bersama adik yang bakal lahir tidak lama lagi.

Menerusi lukisan tersebut, peminat mula berteka-teki tentang jantina adik Sefhia. Ada yang menyatakan Sefhia bakal mendapat adik lelaki dan ada juga yang menyatakan sebaliknya. Kel1ru juga kan, adik lelaki atau perempuan yang dilukis Sefhia tu.

Sebelum ni, Elly pernah berkongsi bilik idaman Sefhia bersama adiknya yang banyak menunjukkan ciri-ciri anak perempuan. Pastinya Sefhia tidak sabar menanti kehadiran adiknya, begitu juga para peminat Elly kan.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Walaupun lukisan yang ringkas namun nampak cantik dengan kombinasi warna yang menarik. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Comeynye kak manja lukis gambar adik. Ni mesti boy kan.. Clevernyaaa kakak sefhia.. bila duenya kak lina.. “

” Waaa mesti baby boy ni.. Cantik nya lukisan manja. P0mmmm… sangat for her age. Well done sweetie.. “

” Bijak.. baby girl ke nanti.. Adik manje girl yer.. cantiknya.. So adik nnti pun gurl2 jugak ye… best ye dah ada kawan nanti.. “

” Waaa mesti baby boy ni.. Awww. Semoga kak lina dikurniakan zuriat yang soleh solehah. Taat perintah Allah, dan dengar kata ibu bapa nya.. “

Untuk rekod, Elly telah mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama Mohamad Azlan Che Nuh yang merupakan seorang guru. Walaupun Elly dan suami mempunyai perbezaan umur namun tetap dilihat serasi bersama.

Sehingga hari ini Elly masih merahsiakan jantina bayi yang dikandungnya itu. Walau apa pun jantina bayi Elly, apa yang penting kandungan Elly dalam keadaan sihat dan selamat sehingga ke saat melahirkan nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..