” Bijaknya Dariya selawat, anak solehah ni.. ” – Netizen

Sari Yanti Kongsi Video Anaknya, Dariya Inara Sedang Berselawat. Alahai Comel Dariya Isi Masa Terluang Dia, Memang Anak Yang Baik Ni !!

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti terkenal, Jep Sepahtu dan isterinya, Sari Yanti yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga mereka, iaitu seorang bayi lelaki baru-baru ini.

Namun hingga kini, masih belum dikongsikan lagi wajah dan nama anak mereka kepada umum. Hasil perkongisan hidup bersama, pasangan ini turut mempunyai dua orang lagi anak iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir.

Meninjau di akaun Instagram milik Sari Yanti, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan gelagat anak perempuannya, Dariya sedang berselawat. Sari juga berkongsi cerita pada postingnya bahawa Dariya kini tiada kawan untuk bermain bersama.

Video tersebut dirakam secara senyap-senyap oleh Sari melihat gelagat comel Dariya sedang berseorangan itu.  Perkongsian video itu  juga telah berjaya menarik perhatian ramai dan telah ditonton oleh belasan ribu netizen.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya turut memberikan pujian apabila mendengar Dariya berselawat. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Comel la dia main sorang-sorang, anak yang baik ni, rajin berselawat, semoga jadi anak yang solehah ya Dariya.. “

” Abang-abang dia dah balik ke, alahai kesian Dariya, tak ade kawan ye nk main-main. Khidir dah tidur kot, kalau tak blh main sama-sama.. “

” Maknyer sempat lagi kan merakam gelagat anak, hehe, comel. Nanti dia dah besar, tunjuk balik video ni.. “

” Comelnya, rambut dia pun dah panjang. Jangan gunt1ng tau, dah cantik anak d4ra Sari ni.. “

” Permata ibu ni, seorang je dia perempuan, yang lain smua boy. Mesti manja sangat dengan Jep ni.. “

” Pandainyer dia selawat, bagus ni. Mesti rajin dengar mummy selawat dekat baby kecil kan Dariya, hehe.. “

 ” Bijaknya Dariya selawat, anak yang solehah ni. Semga menjadi anak yang baik dan mendengar kata, amin.. “

Comel Dariya isi masa terluang dia dengan berselawat. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Dariya menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya dan kepada Sari Yanti, selamat berpant4ng dan moga Sari dan bayi sentiasa sihat.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Sari Yanti, Dariya Inara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..