” Cantiknya bilik idaman Manja, bagi hint jantina baby eh Sefhia.. ” – Netizen

Elly Mazlein Kongsi Gambar Dekorasi Bilik Idaman Anaknya, Putri Sara Sefhia. Part Permintaan Sefhia Tu, Macam Nak Beritahu Jantina Adik Je Ni Kakak Manja Hehe !!

Teka teki tentang Elly Mazlein terjawab pada bulan April lalu apabila Elly memaklumkan dirinya kini sudah berbadan dua. Berita ini disambut dengan gembira oleh para peminat setia Elly khasnya setelah mengetahui artis kesayangan mereka sedang hamil.

Baby bump Elly juga sudah mula terlihat dan ianya menjadi perhatian peminat. Baru sahaja beberapa hari lalu, Elly berkongsikan gambarnya dan mengatakan hidungnya sudah kembang sekarang. Kembang pun tetap cantik dan berseri-seri ibu hamil ni.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Elly, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan dekorasi bilik idaman anak perempuannya, Putri Sara Sefhia. Cerita Elly lagi, sejak semalam lagi dia memikirkan dekorasi bilik untuk Sefhia dan bakal babynya nanti.

Menggelar dirinya kakak manja, Sefhia memberitahu ingin tidur dan menjaga adiknya nanti. Menginginkan katil 2 tingkat berserta gelongsor di bahagian tepi katil, Elly mencari sesiapa yang dapat merealisasikan impian Sefhia ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Elly ini mendapat respon daripada peminat. Bagusnya Sefhia dah nampak bakal kakak penyayang ni. Bilik idaman tu memang cantik betul. Antara komen-komen peminat :

” Nanti tengah tengah malam ajak adik main gelongsor hehe. Dah macam citer fr0zen tu, mak pak tido diaorang bantai main.. “

” So adik nanti pun gurl gurl jugak ye kakak manja. Wah ada geng la nanti, boleh main sama-sama. Seronok kakak manja.. “

” Wah adik gegirl ye, dah ada kawan la Sefhia. Wow fairytale sangat idaman kakak manja ni, cantik dengan gelongsor tu.. “

” Dasat imaginasi kakak manja hehe. Ni bukan manja yang main, s1lap s1lap mama dengan papa dia boleh main sekali ni.. “

” Adik pun gegirl la ni. Doakan saya dapat gegirl jugak hehe. Baiknya kak manja nak jaga adik. Semoga selalu dalam peliharaan Allah kak lina sekeluarga.. “

” Best nyer ada adik gugurl. Memang geng sangat. Tahniah kak lina. Kak lina punya taste memang cenggini lah.. “

” Wah kak lina, cantiknya bilik idaman Manja. Hint jantina baby eh Sefhia sayang. tak sabar nak tengok adik Sefhia . take care kak lina sayang.. “

Tentu Sefhia juga tidak sabar menanti kelahiran adiknya ini. Moga bilik impian kakak manja dapat dibuat sama seperti dalam gambar tu nanti ye. Apa pun, stay safe Elly sekeluarga dan semoga Elly dipermudahkan sepanjang kehamilan sehingga selamat melahirkan nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..