” Handsome-handsome semuanya adik-beradik Hanis Zalikha ni.. ” – Netizen
Ibu Hanis Zalikha, Nani Rostam Kongsi Video Hari Raya Bersama Anak-Anak Lelakinya Raih Perhatian Ramai. Wah Kacak-Kacak Semuanya Adik Hanis, Ibu Pun Maintain Cantik Dan Awet Muda !!
Sudah menjadi kebiasaan ramai yang akan berkongsi kegembiraan menyambut Syawal dengan memuatnaik gambar-gambar raya bersama keluarga. Malah setiap keluarga pasti mempunyai kreativiti tersendiri menghasilkan gambar yang menarik.
Meninjau di akaun Instagram ibu kepada selebriti terkenal, Hanis Zalikha, iaitu Puan Nani Rostam turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi momen indah ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Perkongsian tersebut adalah video yang memaparkan Puan Nani bersama suami serta anak-anaknya sedang bergambar. Kelihatan suami dan anak-anak lelaki Puan Nani juga segak bergaya mengenakan baju melayu berserta songket.
Perkongsian oleh Puan Nani pada kali ini turut mencur1 perhatian ramai kerana kelihatan adik-beradik lelaki Hanis Zalikha kesemuanya sudah dewasa dan wajah mereka juga menjadi perbualan para netizen.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memuji adik-beradik Hanis Zalikha dalam video tersebut kelihatan kacak dan mereka juga turut memberikan kata ucapan hari raya buat ibu Hanis Zalikha. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Selamat hari raya kak Nani and family, maaf zahir dan batin. Segak semua anak-anak teruna kak Nani.. “
” Amboi bergambar diapit pahlaw4n-pahlaw4n smua. Anak-anak dah besar, mak tetap maintain cun.. “
” Handsome-handsome semuanya adik-beradik Hanis Zalikha ni, dah besar semuanya yer, baru tahu.. “
” Selamat hari raya Puan Nani, cucu-cucu dapat beraya lah bersama kan, semoga Puan Nani sekeluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik selalu.. “
” Hensem, mesti rajin macam kakak dan ibu juga ni kan. Untunglah ada anak bujang ramai, meriah dapat menntu perempuan, nanti boleh tlg kat dapur.. “
” Selamat hari raya aunty, comel aunty dkelilingi oleh jejaka terlaris, hehehehe. Kak Hanis tak ade ke.. “
” Sebelah ayah Hanis Zalikha tu memang muka dia seakan Hanis Zalikha lah, manis tengok dia senyum.. “
Manis-manis semuanya muka anak Puan Nani, patut lah ramai yang memuji. Apa-apa pun, di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari raya buat keluarga Puan Nani. Semoga lebaran pada kali ini turut membawa seribu makna buat kalian.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Nanirostam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..