” Anak perempuan nampak sama muka Nurul, g0rgeous.. ” – Netizen

Nurul Syuhada Nurul Ain Kongsi Gambar Keluarganya Sempena Hari Raya Aidilfitri. Wajah Anak Perempuannya, Raja Nur Emaan Cur1 Perhatian Peminat. Alahai Comelnya Anak-Anak, Nurul Pun Makin Cantik Dan Anggun !!

Mengabadi gambar sekeluarga pastinya sesuatu yang dilakukan setiap orang setiap kali hari raya menjelang. Begitu juga dengan bekas Personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin. Nurul telah berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa Ahmad Shah. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Raja Abdul Mateen, Raja Nur Emaan dan Raja Ahmad Shah.

Meninjau ke laman Instagram milik Nurul, telah dikongsikan sekeping gambar Nurul sekeluarga sempena hari raya Aidilfitri. Nurul dan anak perempuannya, Emaan menggayakan baju kurung berwarna putih dengan kain bercorak abstrak berwarna peach.

Manakala suami serta dua lagi anak lelakinya mengenakan baju melayu berwarna purple gelap berserta samping dan songkok. Menerusi kapsyen tulisannya, Nurul mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri daripada mereka sekeluarga.

Menariknya, wajah Emaan yang saling tidak tumpah seperti wajah Nurul menjadi perhatian. Emaan yang merupakan anak perempuan tunggal Nurul dilihat semakin mewarisi kecantikan ibunya dan mereka berdua kelihatan tidak ubah seperti adik-beradik.

Baca perkongsian di bawah :

Rata-rata pengikutnya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat Nurul sekeluarga. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

“ Selamat Hari Raya my lesung pipit & stay safe.. Mashaa Allah g0rgeous family.. So cute.. Nice babe.. Comel2 belaka.. “

“ Nice.. comelnya.. Anak perempuan you nampak sama muka awak… G0rgeous.. Eid Mubarak beautiful nurulsyuhadanurulain & g0rgeous loved ones.. “

Boleh dilihat ketiga-tiga anak Nurul memang sangat cantik dan tampan. Mereka semua mewarisi kecantikan Nurul dan ketampanan suaminya, Amir. Mana tumpahnya kalau tidak ke nasi. Pastinya anak-anak Nurul mengikut genetik kedua ibu bapanya.

Alhamdulilah Nurul dikurniakan anak-anak yang cantik dan tampan serta sejuk mata memandang. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Semoga Nurul dan keluarga bahagia sehingga ke Jannah dan sentiasa dalam lindunganNya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurul Syuhada Nurul Ain

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..