” Her reactions priceless, so cute.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Gelagat Anak Cik Puan Juliana Evans, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Ketika Meraikan Lebaran. Semakin Comel Lah Tengku Kamiliah !!

Siapa tidak mengenali akan Cik Puan Juliana Evans. Namanya bukan sahaja dikenali sebagai pengacara bahkan juga anak seni. Namun, setelah mendirikan rumah tangga dilihat Cik Puan Juliana lebih menumpukan perhatian kepada keluarganya.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Cik Puan Juliana tidak ketinggalan berkongsi momen indah meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama puteri kesayangannya iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

Semestinya perkongsian si kecil itu turut mendapat perhatian ramai dan jang4n tak sangka, Tengku Kamiliah turut mempunyai peminat-peminatnya yang tersendiri yang sering kali mengikuti perkembangannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Cik Puan Juliana itu, memaparkan gelagat si kecil itu ketika bergambar yang kelihatan begitu comel. Tengku Kamiliah yang baru berusia dua tahun cantik mengenakan pakaian raya berwarna pink lembut.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )Be

Di ruangan komen, ramai yang memuji akan kecomelan Tengku Kamiliah ini. Antara komen-komen netizen adalah :

” Comelnya si kecil ni, time dia ada kt belakang daddy dia tu memang comel betul gaya dia.. “

” Keluarga bahagia, selamat hari raya Cik Puan Juliana Evans, comel Tengku Kamiliah sekarang, chubby.. “

” Alahai manja dan sweet lah Tengku Kamiliah dngn daddy. Dah pandai p0sing raya lah, suka tengok.. “

” So cute Tengku Kamiliah, nanti besar mesti cantik mcm bonda dia, selamat hari raya Cik Puan Juliana sekeluarga.. “

” Dah besar, rasa kejap je masa ni, dah boleh berjalan berlari-lari dah, ger4m tengok gelagat dia.. “

” Salam lebaran, seronok tgk kebahagian keluarga Cik Puan Juliana bersama anak dan suami.. “

” Manisnya Tengku Kamiliah senyum, nampak gigi. Comel lah pakai baju raya mcm tu, siap ada bunga sekuntum atas hairband lagi.. “

Alahai comel lah Tengku Kamiliah ni, seronok tengok gelagat dia dalam video yang dikongsikan oleh Cik Puan Juliana tu. Apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari raya buat Cik Puan Juliana sekeluarga.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Juliana Sophie Evans

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..