” Menang1s aunty tengok video ini. Salute and respect Lana.. ” – Netizen

Lana Nodin Kongsi Video Dan Ucapan Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Keenam Dengan Mohd David Mckienzie. Semoga Terus Berbahagia !!

Ulang tahun perkahwinan merupakan hari penting dan terindah buat setiap pasangan yang berkahwin. Begitu juga dengan pelakon Lana Nodin. Untuk makluman, Lana Nodin tedlah berkahwin dengan Mohd David Mckienzie dikurniakan dua orang anak iaitu Gia Quinn Mckienzie dan William Daud Mckienzie.

Meninjau ke laman Instagram milik Lana, Lana ada memuat naik video berlatar lagu a thousand year, momen-momen indah daripada awal perkahwinan sehingga mereka dikurniakan dua orang anak sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.

Menerusi kapsyen tulisannya, Lana menzahirkan rasa bahagia bersuamikan David. Selain itu juga, berdoa agar mereka berdua akan berbahagia sepanjang hayat. Lana menambah lagi bahawa tiada hadiah yang dapat menandingi kasih dan sayang yang diberikan suaminya kepada Lana dan anak-anak.

Di samping itu, Lana mengucapkan selamat hari ulang tahun dan melahirkan rasa cinta kepada suami. Rata-rata pengikutnya mengagumi Lana yang dapat membimbing suami dan anak-anak untuk mendalami agama Islam serta mengatakan beruntungnya Lana yang bersuamikan David yang tampan dan baik sikapnya.

Jom tonton video di bawah:

Perkongsian itu telah mendapat komen positif daripada pengikutnya. Mereka turut mengucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat Lana dan David. Antara komen-komen pengikutnya:

“ Love u lah lana.. cth yg baik.. ajar husband u mengenai agama dan budaya kita.. tabik dear.. Untung lana dh hnsom baik plk.. Happy Anniversary to both of you sweet couple.. “

“ I love seeing your relationship with your hubby kak lananodinmckienzie.. Proud of u and husband tak malu belajar mengenai agama.. Happy Anniversary to both of you.. “

“ Love tngok family kak lana.. salute and respect Lana.. ajar hubby n ank2.. Suka tgk pasangan ni.. Semoga berkekalan hingga ke jannah.. Aamiin2.. “

“ Paling suka tgk couple ni..dari mula² lagi.. U both are really an inspiration..  May Allah blessings will be with you always Forever david_mckienzie.. Harap kekal hingga je jannah.. Amin.. “

“ Bagus suami Lana alhamdulillah semoga terus istiqomah.. Tahniah lananodinmckienzie..  happy anniversary.. moga kekal bahagia dan rukun selamanya.. “

“ Respected and envyed you Lana.. You’re the best.. tahniah Lana krn berjaya mendidik suami.. wlaupon bkn seorg yg bertdg tp hebat berjaya didik suami dia bab agama islam.. “

“ Masya Allah… Menang1s aunty tengok video ni.. Congrats to u..  Respect u lana.. Semoga dengan bimbingan u…syurga menanti u sekeluarga.. In Syaa Allah.. “

Suka tengok keluarga Lana. Alhamdulilah rezeki Lana dapat suami yang tampan, penyayang dan bertanggungjawab. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang keenam buat Lana dan David. Semoga hubungan berkekalan ke Jannah dan dalam rahmatNya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lananodinmckienzie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..