” Berapa pasang baju budak comel ni, kerlass Rizqaa.. ” – Netizen

Fesyen Pakaian Hari Raya Anak Rizman Nordin, Rizqaa Cur1 Perhatian Peminat. Wah Comelnya Rizqaa, Setiap Hari Bertukar Baju Baru. Rekaan Semua Melet0p, Untungnya Rizqaa !!

Rizqaa merupakan cahaya mata kepada pereka fesyen terkenal di Malaysia iaitu Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya. Belum berusia 1 tahun, tetapi Rizqaa mempunyai beberapa koleksi pakaian hari raya.

Menerusi akaun Instagram, beberapa gambar dan video Rizqaa memakai baju raya telah dikongsikan. Apa yang menarik, setiap hari Rizqaa pasti bergaya dengan baju baru. Keluarga ini mempunyai pakaian sedondon sehingga hari raya ketiga.

Pada hari raya pertama, Rizqaa mengenakan pakaian seperti rekaan ikan duyung dengan kainnya yang kembang di bawah. Bukan sahaja rekaannya yang cantik, malah baju Rizqaa berkerlipan dengan butiran manik-manik.

Pada hari raya kedua pula, Rizqaa mengenakan rekaan moden yang agak ringkas namun tetap cantik. Manakala pada hari raya ketiga, warna hijau pula menjadi pilihan. Baju-baju Rizqaa merupakan rekaan bapanya sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Video ketika hari raya kedua :

Perkongsian gambar ketiga hari raya ketiga :

Kesemua pakaian hari raya Rizqaa menerima pujian ramai netizen. Alahai Rizqaa, tak pernah tak comel. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Comelnya, canteknya baju raya Rizqaa… mcm big girl dah. soo adorably comel.. berapa pasang la baju bud4k comel ni.. “

” Tanteknyaa baju raya dia sape buat ni daddy ek .. Alahai cantik nya Rizqaa .. Kain lebih pun stil elegant rizqaa.. “

” Comel baju rizqaa, Bud4k kecik paling comey dlm ig selebriti malaysia.. bud4k lain comey jgak tp suka lg tgk rizqaa.. tak tau napeee.. “

” Cantik baju rizqaaa sayang .. Alolo komain anak dar4 nonet ni beraya .. kerlass rizqaa.. Like a d0ll, love yr dress sweetie.. “

” Cantiknya baju rizqaa, selamat hari raya.. ko hado kain kepuk2 mcm riqzaa .. let0pss.. Untungnya diaaa dpt bj cntik2.. “

” Selamat hari raya. Comel sgt sikecik tu. Fuhhh baju anak dia merelipp, kau had0.. cute sungguh la kamu Rizqaa mcm d0ll.. “

” Alhamdulillah sejuk tgok happy family ni.. ur wife cantik g1ler berhijab seh.. Plain ke bunga2 ke.. Comey sangat si kecik tu.. “

Wah untungnya menjadi anak kepada seorang pereka fesyen. Kesemuanya baju raya Rizqaa cantik-cantik. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada Rizman Nordin sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rizqaa Rizman, Rizman Nordin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..