” Lawanya satu family, anak-anak dah besar dan comel.. ” – Netizen

Gambar Isteri Allahyarham Achik Spin, Tasha Dan Anak-Anak Di Hari Raya. Wah Dah Besar Puteri Safiyyah Dan Puteri Sumayyah, Cantik Dan Manis. Wajah Seiras Sangat Dengan Achik. Tasha Pun Maintain Je, Macam Kakak Dan Adik Je Bergambar Dengan Anak-Anak !!

Pastinya ramai yang masih mengingati penyanyi Achik Spin yang pernah popular suatu ketika dulu. Pemergiaannya dalam usia yang muda telah me1nggalkan seorang isteri yang bernama H.M. Rose Zaitul Wati Maarof dan dua orang anak mereka iaitu Puteri Sumayya dan juga Puteri Saffiya.

Menerusi akaun Instagram isteri Achik atau mesra dipanggil Tasha, beberapa gambar ketika menyambut hari raya Aidilfitri tempoh hari telah dikongsikan. Tasha  dan anak-anaknya memilih warna biru muda untuk tema hari raya tahun ini.

Ketiga-tiga ber4nak ini nampak cantik dan manis bertudung biru. Walaupun anak-anak semakin membesar, penampilan Tasha tetap seperti dulu. Nampak seperti adik-beradik pula ketika bersama dengan anak-anaknya.

Di kapsyen p0sting tersebut turut ditulis ucapan hari raya kepada semua rakan-rakan mereka dan pengikut Instagram Tasha. P0sting ini telah mendapat lebih 1000 likes buat masa ini dan beberapa komen yang memuji penampilan mereka.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Lagi p0sting mengenai Saffiya dan Sumayya :

Perkongsian ini turut menerima ucapan hari raya buat Tasha sekeluarga. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Dah Besar dah dan comel.. Selamat hari raya Aidil Fitri kak tasha.. maaf zahir dan batin.. ” Lawanya satu family.. cantik baju.. “

” Selamat Hari Raya Tasha.. beautiful family.. Minal aidzin wal Faidzin kak tasha dan anak-anak.. “

” Smt ari rye maaf zhir batin kak tasha piyya n sumayya.. Udah besar pada  ya, Fiyya sama Mayya, cantik sangat…. Semoga sehat, jadi anak Sholehah.. “

Jika dilihat wajah Saffiya dan Sumayya sangat seiras dengan wajah bapa mereka, Achik. Walaupun sudah lebih 10 tahun Achik pergi men1nggalkan mereka, namun masih ramai yang masih mengikuti perkembangan keluarga ini.

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada  H.M. Rose Zaitul Wati dan juga anak-anak. Semoga lebaran tahun ini tetap bermakna walaupun disambut dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ( PKP).

Silakan SHARE..

Sumber : IG HM Rose Tasha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..