” Ingat yang baju coklat bunga-bunga tu dayang.. ” – Netizen

Dayang Nurfaizah Kongsi Video Dan Gambar Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Keluarga. Namun Wajah Kakak Dayang Raih Perhatian Peminat. Wah Muka Sama Lah, Dah Macam Kembar !!

Perayaan hari raya Aidilfitri tahun ini pastinya tidak seperti tahun-tahun yang lalu apatah lagi apabila PKP 3.0 dilaksanakan pada hari pertama hari raya Idulfitri. Bagaimanapun ada sesetengah yang beruntung dapat meraikan hari raya Aidilfitri bersama dengan ibu bapa dan adik beradik tercinta. Begitu juga dengan penyanyi versatil Dayang NurFaizah.

Meninjau ke laman Instagram milik Dayang, Dayang telah berkongsi video dan gambar ibu bapa, kakak dan anak saudaranya. Dayang yang mengenakan baju berwarna dusty pink dengan mengenakan solekan yang nipis duduk di sebelah ibunya kelihatan begitu cantik sekali.

Ibu Dayang, Nona dan ayahnya, Awang Dowty pula mengenakan baju warna sedondon. Dayang dan keluarganya menyambut hari raya kali ini di Kuala Lumpur kerana kedua ibu bapa Dayang tinggal bersama dengan Dayang.

Boleh dilihat pada posting video, upacara salam bersalaman antara Dayang dengan kedua ibu bapa, kakak dan anak saudaranya. Menariknya, wajah kakak Dayang yang disapa sebagai Dona kelihatan sama dengan Dayang sehingga ada yang mengatakan mereka seperti kembar.

Jom tonton video di bawah :

 ( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata peminatnya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat Dayang sekeluarga serta memuji kecantikan Dayang yang sama daripada dulu sehingga sekarang. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

“ 1st time tgk family dayangsayangkamu so sweet.. terima kasih kerana terus menghiburkan kami peminat2 Dayang.. Salam AidilFitri Dayang dan family.. “

“ Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Dayang and family.. Salam AidilFitri.. Alhamdulillah.. to be with your loved ones.. Be the best.. Dayang always.. “

“ Cantik nya k Dayang.. Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat dayang sekeluarga.. Bahagia nya dayang dgn mak Ayah dan keluarga di pagi rya.. “

Dayangsayangkamu Selamat Hari Raya Aidilfitri Pada Dayang & Family.. Stay Safe Stay Home & Stay Healthy.. With your dad and mom.. family.. smile.. looks beautiful.. “

“ Macam kembar.. Adik-beradik ke.. Muka sama.. Anak ayah.. Cantik Dayang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri dayangsayangkamu dari dulu smpi skrg sama je.. “

“ Astaga aku ingat yang baju coklat bunga2 tu dayang. Haha. Selamat hari raya kakak dan keluarga.. Rezeki berpanjangan n keberkatan dlm kehidupan jika kita berbakti kpd kedua ibubapa.. saya sayang dayang.. “

“ Ad0iii cantiknya yayang.. mat ariraya yayang n family.. Rindu Dgn Abang Hj Awang & Kak Hjjh Mona… Sampaikan salam Kak Sam kat ayah dan Ibu Dayang ya.. “

Pastinya bertuah Dayang kerana dapat beraya bersama dengan keluarga di Hari Raya ini. Kami di Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat hari raya Idulfitri buat Dayang sekeluarga. Semoga terus ceria dan bahagia bersama insan-insan tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayangsayangkamu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..