” Muka zone out tu, nak straight to the point eh.. ” – Hanis Zalikha

Video Nelydia Senrose Bersama Suami Saling Bermaafan, Namun Reaksi Nelydia Yang Tidak Sabar Mahu Duit Raya Buat Ramai Yang Terhibur. Awal-Awal Nampak Macam Sed1h, Tapi Rupa-Rupanya Ada Niat Lain. Haha !!

Sempena Hari Raya Aidilfitri, ramai kalangan artis tanah air turut berkongsi ucapan dan gambar bersama keluarga di laman media sosial dan semestinya berkongsian mereka itu turut mendapat perhatian peminat-peminat mereka.

Begitu juga bagi pelakon Nelydia Senrose, telah berkongsi video bersama suaminya di mana mereka saling bermaafan. Namun gelagat Nelydia ketika mendengar kata daripada suaminya itu buat ramai yang terhibur.

Manakan tidak, menerusi video itu Nelydia kelihatan tidak sabar menunggu suaminya itu habis bercakap kerana Nelydia ingin meminta duit raya daripada suaminya. Gaya Nelydia dalam video tersebut seolah-olah seperti sedang memikirkan sesuatu kelihatan comel.

Nelydia turut berkongsi kapsyen bahawa selesai habis dirinya kena ‘ceramah’ dengan suami, akhirnya baru lah dapat duit raya. Perkongsian video tersebut lebih empat ratus ribu yang sudah menonton dan menerima ratusan komen daripada netizen sehingga kini.

Tonton video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan kata ucapan selamat hari raya kepada Nelydia dan rata-rata terhibur menonton video yang dikongsikan Nelydia tersebut. Antara komen-komen netizen adalah :

” Muka zone out tu, nak straight to the point eh.. ” – Hanis Zalikha

” Comel lah Nelydia punya perangai, haha, muka tu tak sabar nk tggu suami habis cakap.. “

” Awal-awal ingat dah sed1h, tapi rupanya tengah pkir ada duit raya ka tak, cara minta duit tu comel.. “

” Seronok lah tu dapat duit raya, selamat hari raya Nelydia sekeluarga, smga Syawal ini memberikan 1001 makna buat Nelydia dan suami.. “

” Tunggu lama-lama, dalam otak tak masuk, tujuan nak duit raya, bila lah nk dapat ni, muka tu memang nampak sangat.. “

” So sweet dan kelakar, pas dapat duit raya tu macam kanak-kanak ribena lah, comel kak Nelydia.. “

” Muka tu macam banyak buat sal4h, haha tu pasal kena beleter banyak tu, selamat hari raya Nely.. “

Sweet lah tengok pasangan ni, comel tengok gaya Nelydia minta duit raya kat husband dia, patut ramai terhibur. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari raya buat Nelydia sekeluarga.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Nelydia Senrose

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..