” Macam siblings, dah besar anak-anak Wardina.. ” – Netizen
Wajah Terkini Wardina Safiyyah Bersama Suami Dan Anak-Anak Di Hari Raya. Wah Dah Besar Anak-Anak, Nampak Macam Sebaya Je Mak Dan Anak. Manis-Manis Semua !!
Sitkom komedi Spanar Jaya sangat sinonim dengan nama pelakon Wardina Safiyyah. Memilih untuk melanjutkan pelajaran pada awalnya, Wardina kini menetap di Brisbane, Australia bersama suami dan anak-anaknya.
Menyambut Aidilfitri di perantauan, Wardina berkongsikan gambarnya bersama keluarga menerusi akaun sosial Instagram miliknya. Kelihatan dalam gambar ini suami Wardina, Ikhwan Johari dan anak-anaknya, Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.
Diam tak diam, ketiga-tiganya sudah menginjak ke alam remaja namun Wardina masih terlihat sama seperti dulu. Wardina turut menulis di kapsyennya belanja sekeping gambar dia sekeluarga walaupun lewat sehari.
Melihat pada gambar ini, wajah Amna dan Azra sudah banyak berubah dari zaman kanak-kanak mereka. Mewarisi kecantikan Wardina, kedua-duanya nampak manis raut wajahnya. Mak maintain muda sudah seperti kakak bersama adik-adik sahaja.
Jom baca perkongsian di bawah :
Potret Wardina sekeluarga ini mencur1 perhatian ramai. Bukan selalu Wardina berkongsikan wajah kesayangan di media sosial. Antara komen-komen peminat :
” Beautiful family, besar dah anak-anak kak Dina. Semua cantik manis macam mamanya. Selamat Hari raya Kak wardina. miss u dari Malaysia.. “
” Lawanya anak-anak Kak Dina masha Allah. Mana ada puc4t, cantik jer. sama jer muka tak nampak tua pon, selamat hari raya.. “
” Selamat hari raya Aidilfitri kak deena dan family. Cantik sangat kak deena, amna dengan Azra. Semua manis macam ibunya. macam kakak dengan adik-adik.. “
” Besar-besar dah anak-anak, all looking good. U have a beautiful daughters. Eid Mubarak kak wardina and family.. “
” Dah besar-besar anak sis Wardina. Anak-anak semua cantik la. Macam adik beradik jer. Eid Mubarak To You and Family.. “
” Amna sangat cantik, Mashaa Allah. mcm sisters jer dgn anak-anak. anak dah besar panjang namun Ibu nya semakin cantik. selamat hari raya kak dina.. “
” Lawanya anak-anak dar4 dan mak dar4. Beautiful family, cntik as usual lh. selamat hari raya kak Dina sekeluarga.. “
” Macam siblings, dah besar anak-anak wardina. MasyaAllah cantik-cantik dan handsome anak-anak Kak Dina, Amna, Azra , Imran.. “
Anak-anak semakin membesar, Wardina tetap maintain rupanya sama seperti zaman Spanar Jaya dulu. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari raya buat Wardina sekeluarga. Semoga Syawal ini membawa lebih kebahagiaan dan keberkatan buat seluruh keluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wardina Safiyyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..