” Handsomenya Isaac Raees pakai baju Melayu.. ” – Netizen

Aiman Hakim Ridza Kongsi Gambar Raya Bersama Keluarganya Sempena 1 Syawal. Wajah Comel Anaknya, Isaac Raees Tarik Perhatian Peminat. Alololo Comelnya Isaac Pakai Baju Melayu Siap Samping Lagi !!

Kehadiran Syawal kali ini pastinya membawa kegembiraan dan keterujaan buat pasangan selebriti ini iaitu Aiman Hakim Ridza dan juga isterinya Zahirah MacWilson kerana tahun ini dapat beraya bersama anak sulung mereka iaitu Isaac Raees yang kini berusia lima bulan.

Meninjau ke laman Instagram milik Aiman, telah dikongsikan gambar raya Aiman bersama dengan Isaac dan Zahirah. Mereka sekeluarga mengenakan baju sedondon berwarna beige. Selain gambar mereka sekeluarga, terdapat juga gambar mereka bersama dengan keluarga Aiman.

Bukan sahaja baju yang dipakai berwarna beige, malah sofa, bantal dan juga langsir turut berwarna yang sama. Isaac juga dilihat mengenakan baju melayu berserta dengan samping. Aksi comel Isaac yang memasukkan tangan ke dalam mulutnya ketika gambarnya dirakam membuatkan ramai hati yang cair.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Aiman, Aiman mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pengikutnya. Walaupun hanya beraya di rumah disebabkan oleh PKP 3.0 tetapi sambutan hari raya aidilfitri pastinya dapat diraikan dengan meriah apatah apabila dapat disambut dengan keluarga tercinta.

Baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata pengikutnya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat Aiman sekeluarga. Selain itu, turut memuji kecomelan wajah Isaac. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

” Hensemnya isaac.. Ala comey nya sikat tepi isaac.. Cerianya keluarga ni.. Selamat hari raya aidilfitri aiman ira isaac & family.. “

” Kalau tersel1t baby kat sofa.. boleh tak perasan tuu.. sama kaler.. Salam lebaran baby isaac.. Slmat hari raya aiman & family.. “

” Ala comel isaac.. Aw sweetnya.. Mcm gegirl muka dia.. Matriyeee isaac.. Selamat hari raya to you dear zahirahaiman n family.. “

” Hensem isaacraees pakai baju melayu.. Beautiful family.. Selamat hari raya.. Maaf zahir batin.. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. “

” Selamat hari raya aimanhakimridza zahirahmacwilson.. Pretty as always.. And lili one isaacraees handsome baby.. Have a blessed and joyous Eid.. “

” We’re same theme.. Selamat hari raya maaf zahir & batin juga utk aimanhakimridza sekeluarga serta seluruh umat islam di dunia.. “

” Selamat Hari Raya Aidil Fitri Zahirah dan Aiman.. Alhamdulillah tahun ni beraya bertiga.. Love you Isaacraees.. Cute baby… “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat Aiman sekeluarga. Semoga Syawal kali ini membawa rahmat dan hidayah dan dikurniakan rezeki serta kesihatan yang baik. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aiman Hakim Ridza, IG Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..