” Alisa, sabar si comel. Abang Yusuf tengah jadi chef tu.. ” – Netizen

Video Gelagat Alisa Aisyah Bersama Abangnya, Yusuf Iskandar Sedang Membantu Ibu Mereka, Hanis Zalikha Membuat Biskut Raya Yang Mencuit Hati. Part Alisa Tak Sabar Nak Makan Tu Comel BetulĀ  !!

Siapa tidak kenal akan anak-anak pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang sangat comel ini. Malah apa sahaja perkongsian mengenai dua beradik ini pasti menjadi perhatian netizen.

Mereka berdua ini juga turut mempunyai peminat- peminat mereka yang tersendiri yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka. Petah bercakap dan keletah mereka secara spontan membuatkan ramai yang terhibur melihatnya.

Terbaru, menerusi akaun Instagram Hanis Zalikha telah berkongsi satu video yang memaparkan gelagat Alisa bersama Yusuf sedang membantu ibu mereka di dapur membuat biskut raya sempena Aidilfitri yang akan diraikan esok.

Sekali lagi perkongsian mengenai dua beradik ini telah mendapat perhatian ramai. Melihat perkongsian video oleh Hanis itu, Yusuf begitu teruja menyiapkan biskut raya. Manakala Alisa pula tidak sabar untuk memakan biskut yang dibuat oleh abangnya.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat dua beradik ini membantu ibu mereka membuat biskut raya. Antara komen-komen netizen adalah :

” Alisa, sabar si comel, abang Yusuf tengah jadi chef tu.. ” – Inaijari

” So cute lah Alisa, napa tak tlg abg Yusuf tu, haha kerja nak makan ja si comel ni, alahai ger4m tengok.. “

” Suka tengok cara Hanis mengajar anak-anaknya, pandai dua-dua orang ni, semoga jadi anak yang baik.. “

” Omg, ger4m lah dengan si kecik tu, ish2 memang nampak tak sabar yer tengok si abang tu buat biskut.. “

” Alisa tolong makan je, ger4m tengok Alisa, nampak makin bijak abang dan adik ni, comel sangat.. “

” Yusuf ni buat kuih pon handsome, dah big boy dah, jadi abang yang penyayang tauuu Yusuf.. “

” Sampai meniarap lah si Alisa tu, tggun biskut siap, hehe comel je dia jadi penyibuk kt situ tgk abang buat biskut.. “

Memang comel lah Yusuf dan Alisa ni, tengok gelagat mereka dalam video yang ni. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya buat keluarga Hanis Zalikha.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Hanis Zalikha, Inaijari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..