” Handsomenya anak Rusdi Ramli, macam papa dia la.. ” – Netizen

Video Anak Lelaki Rusdi Ramli Dan Sharon Paul Bermain Drum Ketika Menjayakan Tribute AJL 35 Baru-Baru Ini. Wah Dah Besar Reo Redza Ni, Handsome Macam Ayahnya Juga !!

Pelakon bernama Rusdi Ramli antara nama yang masih bertahan dalam dunia seni tanahair. Bertubuh kecil, wajah Rusdi yang awet muda ini selalu dipuji oleh peminat. Jangan tak tahu, Rusdi sudahpun mempunyai cucu dan bergelar atuk.

Meninjau akaun Instagram Rusdi Ramli, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian tribute sempena AJL 35. Genius Seni Koir ini disertai oleh 5 orang dan salah seorang daripadanya adalah anak Rusdi bernama Reo Ridza.

Rusdi menulis di kapsyennya memberitahu anaknya itu yang bermain drum. Wajah Reo nampak begitu seiras dengan Rusdi. Untuk makluman, Reo adalah anak sulung Rusdi menerusi perkahwinannya bersama komposer terkenal, Sharon Paul.

Wah nampaknya dar4h seni Rusdi dan Sharon diwarisi anak lelakinya ini. Nampak bersahaja wajah Reo mengetok drumnya itu. Mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi, betul tak. Wajah pun segak dan manis.

Jom tonton video di bawah :

Wajah Reo ini mendapat pujian dan mendapat respon daripada peminat. Memang tampan dan ada bakat seni yang bagus. Antara komen-komen mereka :

” Handsome nya anak Rusdi. Good looking and talented son you have tuan Rusdi Ramli.. “

” Wah best best, terbaik lah pemain drum tu. Handsome boy macam papa dia la.. “

” Wah handsome yer anak abang Rusdi Ramli ni. Good looking and talented sangat ni. Kalau digilap terus bakatnya, dia boleh perg1 jauh lagi.. “

Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya, barulah hasilnya hebat. Jika dilihat di akaun Instagram Sharon, ada beberapa posting yang dikongsikan memaparkan gelagat Reo dan adiknya, Ryan bermain alat muzik.

Minat dan bakat sudah ada, andai digilap lebih lagi tidak mustahil Reo boleh jadi pemain drum yang hebat dan terkemuka apabila dewasa kelak. Apa pun, semoga Reo success selalu dalam pelajaran dan teruskan mengasah bakat yang ada. Good luck Reo Ridza.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rusdi Ramli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..