” Muka sama belaka adik-beradik Kak Abby.. ” – Netizen

Video Sambutan Hari Ibu Dan Hari Lahir Ibu Abby Abadi. Wah, Semua Seiras Je Muka. Wajah Abby Paling Banyak Ikut Ibunya !!

Umum mengetahui bahawa hari ini merupakan hari ibu. Jika dilihat di media sosial banyak ucapan hari ibu yang dizahirkan kepada ibu masing-masing termasuk juga selebriti tempatan. Namun berbeza buat Abby Abadi yang menyambut hari ibu semalam.

Ini kerana Abby menyambut hari ibu serentak dengan sambutan hari lahir kakak dan ibunya. Walaupun tarikh hari lahir mereka berbeza iaitu ibu Abby pada 6 Jun manakala kakaknya pula pada 6 Mei, namun tetap disambut serentak kerana kesemua adik-beradik Abby dapat berkumpul bersama.

Menerusi akaun Instagram, Abby telah berkongsi beberapa buah video ketika sambutan hari lahir tersebut. Walaupun hanya dihadiri kaum keluarga sahaja namun majlis tetap meriah. Ibu Abby juga nampak ceria di samping anak-anak.

Apa yang mencur1 perhatian ialah wajah Abby dan adik-beradiknya yang lain dilihat begitu seiras sekali. Malah wajah Abby lebih banyak mengikuti wajah ibunya. Ibu dan anak saling tak tump4h. Semuanya manis-manis belaka.

Jom tonton video di bawah :

Lagi video yang dikongsikan :

Kebanyakan netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu Abby dan mendoakan yang baik-baik buatnya. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Moga panjang umur n murah rezeki utk mak n kakak abby.. amiin.. Sanah helwah untuk mak n kakak kak abby semoga dirahmati Allah selalu dunia akhrt aaminn yaa rabb.. “

” Allah.. Makcik nurse yg tak kan sy lupa sampai bila2.. mak k. abby_abadi112 yg jg sy time bersalin anak sulong thn 2003 @ poliklinik kotaraya… 1st experience bersalin.. Makcik jg & uruskn sy mcm mak2 sgt.. Slmt hr ibu buat makcik & k. Abby juga.. “

” Muka sama belake adik beradik kak abby.. selamat hari lahir mak dan kakak kak abby.. semoga diberi kesihatan berpanjangan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan berbhagia di samping keluarga tersayang.. “

” Happy birthday mak.. makkk tggu cucu baru balik raya.. Blh nmpk muka mak abby ta brpa sht kan , slmt hari ibu aunty.. “

” Slmt hari lahir mak cik…. smoga Allah mmberkati umur mkcik. Aamin.. muka kak abby c0py mak.. Ger4mnye kat darda ..  “

” Sanah helwah keduanya semoga dipnjangkn usia, sentiasa sihat walafiat dan dalam perlindungan Nya jua. Aameen Ya Allah.. “

” Kak su tak join ke ..muka smua c0py mak .. bergetar tulang rusuk kira saya m0mmy. hehe.. adakah ini cinta. haha.. “

Rasanya masih belum terlambat buat kami di Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada ibu Abby dan juga kakak Abby. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..