” Mata masuk habuk baca caption dan tengok gambar ni semua.. ” – Netizen

Gambar Vie Shantie Khan Melawat Isteri Datuk Seri Eizlan Yusof Dan Anaknya Yang Baru Lahir Raih Pujian Peminat. Seronok Betul Tengok Family Ni, Mesra Sangat. Vie Siap Tolong Susukan Baby Zaelynn Rosa Lagi, Terbaik Lah !!

Umum mengetahui Datuk Seri Eizlan Yusof baru sahaja menimang cahayamata perempuan baru-baru ini. Menamakan bayi ini sebagai Zaelynn Rosa, pangkal awal ZR tetap diteruskan sebagaimana nama anak-anak Datuk Eizlan yang lain.

Pada posting terdahulu, Datuk Eizlan ada berkongsikan gambar-gambar baby ZR bersama kakak-kakak dan abangnya. Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia masing-masing meriba adik baru mereka ini.

Meninjau entry terkini di Instagram Datuk Eizlan, kelibat mantan isterinya iaitu Vie Shantie Khan menziarahi Natasha dan Baby Zaelyyn Rosa dikongsikan. Mereka juga turut mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Vie Shantie juga sempat memberikan baby ZR susu botol. Keakraban mereka menarik perhatian peminat dan sebelum ini juga pernah dikongsikan gambar mereka sekeluarga bersama ketika menyambut hari lahir Vie Zaalia.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Keluarga Datuk Eizlan ini antara keluarga contoh yang disenangi peminat selain beberapa selebriti lain. Antara komen-komen peminat apabila melihat gambar-gambar ini :

” Vie Shantie Khan mempunyai keperibadian sangat cantik luar dan dalam. Beautiful soul, love u vie.. “

” Slain family norman hakim.. suka btul tgok famly ni.. Ya Allah kasih itu indah, beautiful family.. “

” Wahhhh indahnyaa begini. semoga keluarga ini sentiasa dlm jagaan Allah bahagia didunia & akhirat. Aamiin.. “

” Family kedua yang terbaik untuk dicontohi selepas family norman, memey dan abby. Alhamdulillah. Semoga family kalian sentiasa bahagia dan dipertemukan di syurga kelak.. “

” Alhamdulillah.. bestnya.. bersatu dan bahagia dgn cara tersendiri demi anak-anak. suka tengok family mcm ni.. walau pun dh cera1 tp masih berbaik.. semoga apa yg d bina berkekalan.. Amennn.. “

” Beautiful and blessed family. Kakak lala n mommy shasha dah mcm adk beradik. Alhamdulillah tumpang bahagia.. “

” Beautiful family with beautiful hearts. for the sake of the kids. I salute the whole family. Mata msk hab0k baca caption n tengok pic ni semua.. MasyaAllah.. Subhanallah.. Indahnya silatul.. “

Tidak semua orang dapat menjalani kehidupan semesra ini. Alhamdulillah, kebahagiaan yang dirasai Datuk Eizlan sekeluarga memberi inspirasi kepada ramai orang. Semoga kebahagiaan ini berkekalan dan terus aman damai sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..