” Berseri-seri muka Dr. Soo Wincci, sahur pun cantik.. ” – Netizen

Dr Soo Wincci Kongsi Gambar Swafoto Sewaktu Bersahur Di Sepanyol. Lawanya, Muka Bangun Sahur Pun Cantik !!

Dr Soo Wincci merupakan artis yang terkenal dengan beauty with brains. Bukan sahaja cantik tapi juga seorang yang bijak dalam pelajaran. Kini, bekas ratu cantik Malaysia ini sedang melanjutkan PHD yang kedua dalam pengkhususan Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi di di sebuah sekolah muzik terkenal dunia iaitu kampus Berklee College of Music di Valencia, Sepanyol.

Meninjau ke laman Instagram milik Wincci, telah dikongsikan sekeping gambar swafoto Wincci dengan mengatakan bahawa gambar swafoto tersebut merupakan muka sahur di Sepanyol. Untuk rekod, ini merupakan tahun ke 10, Wincci mengamalkan berpuasa pada bulan Ramadhan.

Wajah Wincci kelihatan menarik dengan solekan nipis dikenakan pada wajahnya. Wincci kelihatan sangat cantik pada gambar swafoto tersebut. Walaupun hanya bangun untuk bersahur, Wincci kelihatan menjaga penampilan dirinya dan memastikan dirinya rapi.

Wincci turut bertanya khabar pada pengikutnya dan bertanya mengenai keadaan perint4h kawalan pergerakan (PKP) yang sedang akan dilaksanakan di Malaysia. Malaysia akan menjalankan PKP pada 6 Mei 2021 sehingga 17 Mei 2021 untuk mengelakkan penambahan k3s C0v1d 19.

Jom baca perkongsian di bawah:

Pengikutnya kelihatan menjawab pertanyaan Wincci dan memuji kecantikan wajahnya yang natural beauty. Selain itu, bertanya khabar Wincci dan mengucapkan selamat berpuasa. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

” Hello Dr.Soo Wincci you’re so g0rgeous & beautiful.. stay safe & take care.. Puk0l berapa bersahur di sana?.. “

” Selamat berpuasa dr.soowincci … kami redha tak dapat nak rentas negeri.. Muka sahur still cantik.. manis.. Kami semua okay..dr.soo macam mana?.. Jaga diri.. “

” Sahur pun cantik.. Khabar baik dan he1p me pray for selangor.. Taknak jawab mco malaysia macam mana tapi nak pindah spain la.. “

” Rindu masterchef all star queen of dessert ni b0ss.. Eh lawa sungguh la dr ni.. selalu di malaysia muka sahur lesu.. ngantuk.. di spain cantik..” 

” Good morning Dr.. beautiful.. Khabar baik.. Puasa tahun ni OK ka Dr?.. Muka bangun sahur pun dah cantik natural beauty.. have a nice day.. “

” Khabar baik doctor… muka sahur pun lawa.. K3s Malaysia naik… Harap semua ok… Doctor.. kat sana ade petai tak? Jering ke? Tak okay dr…dh b0san asyik pkp.. “

” Berseri seri muka dr.soowincci.. lawanya.. Apa rahsianya.. selamat berpuasa.. Lagi sikit je beberapa hari.. lets do this.. “

Kagum dengan semangat dan Kesungguhan Wincci menunaikan ibadah puasa apatah Wincci bukan seorang muslim. Pastinya Wincci melihat ibadah puasa ini banyak memberikan kelebihan dan kebaikan serta melatih dirinya berdisplin. Semoga segala urusan Wincci dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr. Soo Wincci

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..