” Ayah handsome, anak-anak pun sama handsome.. ” – Netizen

Pelakon Esma Daniel Kongsi Gambar Terkini Berbuka Puasa Bersama Anak-Anaknya, Habib Daniel Dan Harith Daniel. Wah Dah Besar Anak Teruna, Sama Segak Macam Ayahnya Juga !!

Siapa tidak kenal dengan pelakon senior, Esma Daniel. Sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, wajah Esma banyak menghiasi kaca TV dengan drama lakonannya. Sesuai dengan usianya, banyak watak korporat dan ayah yang dibawakan Esma sekarang ini.

Sekalipun usianya sudah melebihi 50 tahun, namun Esma masih kelihatan segak dan semakin sad0 badannya. Aktif melakukan aktiviti kecergasan di gym membuatkan Esma nampak sihat dan muda raut wajahnya itu.

Meninjau akaun Instagram Esma, telah dikongsikan sekeping gambar terkini Esma berbuka puasa bersama dua orang anak lelakinya, Habib Daniel dan Harith Daniel. Untuk makluman, Habib dan Harith adalah anak hasil perkahwinannya bersama pelakon Sherry Merlis.

Sudah membesar menjadi anak muda yang tampan kedua-duanya, sama seperti Esma. Sekali pandang, nampak seperti abang bersama adik-adik pula. Salah seorang anaknya itu iaitu Harith juga bergelar pelakon baru dan mereka pernah bergandingan bersama dalam sebuah drama.

Jom baca perkongsian di bawah :

Manis wajah Harith dan Habib ini, ada iras Esma dan Sherry sedikit sebanyak. Wajah Esma yang awet muda juga dipuji peminat dan antara komen-komen mereka :

” Yeop bapa macho.. Ayah terbaik. Dalam tv pun macam tu juga. Sed1h penj4ra janji dah habis.. “

” Ayah handsome, anak-anak pun sama handsome. Macam abang adik. muda sangat ayahnya hehe.. “

Bila anak-anak sudah besar, nampak seperti kawan-kawan sebaya pun ada. Pastinya pada usia ini, seronok berkongsi cerita antara ayah dan anak. Dalam kesibukan kerja, sempat juga diluangkan masa untuk anak-anak. Pastinya Esma ayah yang baik dan penyayang untuk Harith dan Habib.

Apa pun, semoga Esma sentiasa gembira dengan kehidupannya, dikurniakan rezeki yang baik dan sentiasa sihat selalu. Buat Habib dan Harith, selamat maju jaya dan jadi anak yang membanggakan ayah dan ibu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Esma Daniel, IG Harith Daniel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..