” Sama je dulu dengan sekarang, tak ada berbeza.. ” – Netizen

Awal Ashaari Kongsi Ucapan Istimewa Dan Video Thr0wback Majlis Perkahwinannya Bersama Scha Alyahya 9 Tahun Lalu. Muka Dua-Dua Tak Banyak Berubah. Masih Sama !!

Perkahwinan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya 9 tahun lalu memang mendapat liputan media dan peminat. Sama cantik sama padan, kisah cinta pasangan ini dan cara Awal melamar Scha juga masih segar dalam fikiran peminat setia mereka.

Semalam tanggal 4 Mei merupakan hari ulangtahun Scha dan Awal yang ke 9. Scha ada berkongsikan video dia mengej0t Awal dari tidur untuk mengucapkan ‘happy anniversary’. Selalunya Awal yang dulu tapi tahun ini, daddy Lara Lyla terlupa tarikh pula.

Hasil tinjauan di akaun Instagram Awal Ashaari, telah dimuatnaik video thr0wback ketika majlis perkahwinan mereka dahulu. Walaupun telah hampir sepuluh tahun berlalu, wajah kedua-duanya nampak masih sama sahaja dan tidak berubah.

Di ruangan kapsyennya, Awal mengucapkan terima kasih kepada Scha kerana membahagiakan dirinya dan turut berharap agar ik4tan perkahwinan mereka ini sentiasa disirami kasih sayang. Ayat last tu sempat lagi Awal bagi hint mahu anak seorang lagi. Kalau ada rezeki, Insha Allah yer tak.

Jom tonton video di bawah :

Video ini mendapat perhatian peminat dan sudahpun mendapat tanda suka lebih 37 ribu daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” 9 years ago But why u olls sama jee macam sekarang. happy wedding anniversary gais, have a great marriage.. “

” Suka sgt ngn persalinan warna hijau tue smpai saat ini sy ad0re hehe. Happy anniversary, muka dua dua tak berubah sampai sekarang. Maintain je.. “

” Happy anniversary Awal dan Scha Alyahya. One of my favourite couple. Kenapa tengok video ni macam baru semalam je uols kawen. Sweet sangat.. “

” Nakal ye Scha part angkat angkat kening tu, ahaha comel. Majlis penyatuan awal dan scha 9yrs ago masih segar dalam ingatan. Semoga sentiasa berkasih sayang hingga ke syurga.. “

” Weh asal both of you guys not aging. Sama je dulu dengan sekarang, tak de berbeza langsung. Scha dulu sekarang cantik sangat.. “

” Can help but smiling all the way happy ‘belated’ anniversary Awal and Scha. Muka sama je macam sekarang. Sweet la korang.. dia mintak lagi satu anak la Scha hehe.. “

” Alhamdulillah, happy anniversary SchAwal. suka tengok korang ni, memang pasangan ideal dari dulu lagi. Nak aaminkan doa Awal moga-moga lepas ni dapat baby boy.. “

Walaupun hampir sepuluh tahun dan dah ada anak 2 pun, seperti tak berubah rupa Awal dan Scha ini. Kenangan majlis kahwin yang meriah dan gah. Semoga Scha dan Awal sentiasa dikurniakan rezeki yang melimp4h ruah dan bahagia selalu bersama anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Awal Ashaari, IG Scha Alyahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..