” Tak sangka Datin pandai nyanyi, p0wer suara Datin.. ” – Netizen

Video Thr0wback Datuk Jamal Abdillah Berduet Bersama Isterinya, Datin Zai Izatti Raih Perhatian Peminat. Wah Tak Sangka Datin Juga Boleh Menyanyi. Siap Ramai Request Buat Album Bersama !!

Raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah masih lagi popular sehingga kini walaupun sudah lama membina nama dalam industri hiburan. Datuk Jamal mendirikan rumahtangga bersama Datin Zai Izatti dan ini merupakan perkahwinan Datuk Jamal yang keempat.

Menerusi akaun Instagram, Datin Zai Izatti telah memuatnaik satu video thr0wback yang menunjukkan Datin dan Datuk Jamal menyanyi bersama. Video tersebut dirakamkan tiga tahun yang lalu sahaja dikongsikan untuk tatapan peminat.

Pasangan ini telah menyanyikan lagu Inggeris berjudul ‘ I don’t wanna talk about it ‘ nyanyian Rod Stewart. Apa yang menarik perhatian ramai ialah nyanyian Datin Zai Izatti yang bersuara merdu dan gabungan suara mereka sangat sesuai.

Video yang berdurasi 1 minit 37 saat ini telah mendapat lebih 2000 tanda suka dan 84 komen sehingga kini. Ramai memuji suara merdu Datin Zai Izatti dan ada juga yang mencadangkan pasangan ini menghasilkan album bersama.

Jom tonton video di bawah :

Ramai yang tidak menyangka bahawa Datin Zai Izatti boleh menyanyi dengan begitu baik sekali. Jarang-jarang sekali kita dapat mendengar Datin menunjukkan bakat menyanyi seperti ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh peminat :

” Wow… tak sangka sedap suara .. Sedap datin.. blh la berduet ngn dato, Tahun depan boleh bertanding muzik2 dah ni Datin.. “

” Pergh rare.. Datin pandai nyanyi. sedap lah suara datin. so sweet pasangan ini.. boleh buat album lagu bersama.. pasti melet0p.. “

” Trbaik dato datin mantappp.. Wow, zaiizatti17_ &┬ájamalabdillahofficial so sweet both of you.. Sedap juga suara datin.. “

” Bleh duet dgn Dato … kasi melet0p.. sedap pulak dengar.. Dato’ Jamal kalau cover lagu.. Ad0h ad0h.. Lunak suara Dato’ tu hanya dia yang ada.. “

” Datin pandai nyanyi ropenya .. Abah tak tau zai pun pandai nyanyi.. cayalh duo gempak nii.. sedap suara.. Merdu suara datin.. “

Kalo yong duet dg yop dlm Single. mesti melet0p.. Cadangan.. buat la satu lagu berduet ngan dato jamal.. sweet sangat… “

” Wahh… sama cantik sama padan.. suara pun sedap.. p0wer ni.. … Nnti boleh lh buat lagu baru duet ngan dato.. “

” Tak sangka Datin pnd nyanyi.. p0wer suara datin.. wowwwww my favorite song tu Datin… very nice Datin nyanyi perfect.. “

Ramai tidak menyangka Datin Zai Izatti boleh menyanyi kerana sebelum ini tiada sebarang video yang menunjukkan Datin boleh menyanyi. Tidak dinafikan gabungan suara pasangan suami isteri ni sangat sesuai sekali. Wah, terbaiklah Datuk dan Datin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Zai Izatti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..