” Lawanya Maizurah, tetap sama dulu dan sekarang.. ” – Netizen

Wajah Terkini Penyanyi Dan Pelakon 90an, Maizurah Hamzah Raih Perhatian Peminat. Tak Banyak Berubah Wajahnya, Tetap Cantik Dan Manis. Awet Muda Sungguh !!

Bagi pencinta seni tanahair, nama pelakon dan penyanyi, Maizurah Hamzah pasti tidak asing lagi. Maizurah mencipta nama sebagai penyanyi di awal kariernya sebelum bergelar pelakon. Lakonannya bersama arw4h Hani Mohsin dalam filem Jimi Asm4ra antara yang mendapat perhatian.

Sekalipun sudah tidak bergiat aktif dalam bidang seni, perkembangan Maizurah boleh diikuti di akaun sosial Instagram miliknya. Maizurah juga nampaknya berbakat dalam melukis dan ada hasil tangannya dikongsikan.

Meninjau akaun Instagram Maizurah, sekeping gambar terkininya dimuatnaik. Kelihatan beberapa orang lain di situ bersama Al-quran masing-masing di hadapan. Dengan kapsyen tertulis merindui suasana khatam Al-Quran beramai-ramai, wajah Maizurah nampak ceria sahaja.

Pastinya rindu peminat terhadap Maizurah terubat apabila melihat postingnya ini. Raut wajah Maizurah juga tidak banyak berbeza daripada dahulu. Sudah di usia penghujung 40an pun masih kelihatan awet muda.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Maizurah ini mendapat perhatian daripada peminat. Wajah dan penampilan Maizurah juga mendapat pujian peminat dan antara komen-komen mereka :

” You haven’t changed a bit since I first saw you on TV when I was a teenager.. Cantik dulu, cantik sekarang .. “

” Baby face lah kak maizurah ni. Cantik macam baru lepas sekolah. Mai mantain awet muda. Rindu kak mai, dari kecik saya tengok cerita-cerita lakonan kak maizurah.. “

” Hehe dtg sni lepas tgk movie nafas cinta. alhamdulilah masih dikurniakan kesihatan yang baik dan keluarga bahagia puan maizurah hamzah.. “

” Lawanya tetap sama dulu dan sekarang. Salah seorang favourite actress saya, cun sangat. Admired dengan Mai.. “

” Masa saya zaman sekolah. saya suka tengok akak berlakon. cantiknya akak. sampai skrg muka maintain je mcm dulu. semoga sentiasa success kak.. “

” So pretty Mai, I am your no 1 fan from the 80’s til now. Sampai sekarang saya masih simpan kaset album sulong melayu dan album inggeris sulong kak mai.. “

” Kak maizurah, rindunya kak mai. lama tak jumpa, lama tak nampak. maintain cantik manis bersemut je.. tak penah nampak tua ni.. “

Sudah berpuluh tahun berlalu pun, masih berseri wajah Maizurah ini. Peminat juga rata-ratanya mengatakan wajahnya awet muda. Semoga Maizurah gembira selalu bersama keluarga tersayang dan berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maizurah Hamzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..