” Handsomenya adik boy,  sama muka kakak.. ” – Netizen

Sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 5 Tahun, Hafidz Roshdi Muatnaik Gambar Keluarga. Alahai, Comelnya Anak-Anak Hafidz. Yang Kecil Tu Handsome Macam Bapanya !!

Pastinya ramai mula mengenali pelakon Muhammad Hafidz bin Roshdi yang kini banyak membintangi drama-drama tempatan. Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumahtangga pada usia yang masih muda bersama pilihan hatinya, Nurul Shuhada binti Mat Shukri.

Tanpa kita sedari usia perkahwinan pelakon ini sudah pun menginjak ke lima tahun. Semalam merupakan ulangtahun perkahwinan Hafidz bersama Shuhada. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Menerusi akaun Instagram, Hafidz telah memuatnaik beberapa gambar keluarga dan perkongsian ini telah meraih perhatian ramai pengikut Instagramnya. Hafidz jarang berkongsi gambar bersama anak bongsunya itu.

Humairah dan Umar merupakan nama cahaya mata pasangan ini. Umar dilahirkan pada 9 September 2020. Kini usia Umar sudah mencecah 6 bulan dan wajahnya saling tidak tump4h seperti kakaknya, Humairah.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata peminat mengucapkan selamat ulangtahun kepada Hafidz dan isteri. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

Moga diberkati segalanya oleh Allah SWT untuk hafidz sekeluarga. Comelnya umairah buat mini love. Adik betul copy kakak ehhh.. “

” Semoga kekal bahgia hingga ke Jannah bersama isteri dan keluarga. Pandai kakak buat minilove.. so cute… humairah knows korean heart.. “

” Ehhh dah dua baby.. Dh sepasang dh.. haa kan comel tu baby boY.. Happy Anniversary…moga berbahagia hingga ke syurga.. “

” Uishh dah 5 tahun eh. Pantas masa bergerak.. Hepi 5th Anniversary Hafidz n Dada… Till Jannah.. Comeinyaa sikecik tu.. semoga kekal hingga ke jannah… “

” Sebiji muka si kakak dan adik.. Alhamdulillah. Semoga bahagia hingga ke syurga. Amin.. Comel je kakak dia buat mini love.. “

” Encemnyaaaa adik boyyy  sama muka kakak.. Happy Anniversary hafidz.roshdi and wife smoga kekal hingga ke jannah……. aamiin3 ya rabb.. “

” Alhandulillah… selamat ulangtahun perkahwinan… semoga kekal bahagia hingga ke syurga buat hafiz dan isteri.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5 tahun. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat dan sentiasa bahagia selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hafidz Roshdi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..