” Dia macam cakap nak ayah kahwin, ibu dah kahwin.. ” – Netizen

Video Perbualan Jebat Jayden Dan Ayahnya, Sharnaaz Ahmad Buat Peminat Terhibur. Sekali Jebat Macam Sebut Pasal Kahwin Lah Pula. Amboi Jebat, Macam Nak Suruh Baba Kahwin Jer !!

Pelakon Sharnaaz Ahmad gemar berkongsi video anaknya iaitu Jebat Jayden di akaun Instagram. Jebat yang dilahirkan pada tahun 2018 kini sudah berusia 3 tahun. Gelagat Jebat sering menghiburkan ramai peminat.

Menerusi akaun Instagram, lagi video Jebat telah dikongsikan. Kali ini video Jebat berbual dengan Sharnaaz pula. Sebutan Jebat semakin jelas dan ada sahaja perkara yang hendak diceritakan. Video tersebut dirakam oleh Sharnaaz.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah sebutan Jebat yang seperti berbunyi ‘ kahwin’. Ada yang cuba meneka bahawa Jebat meminta babanya berkahwin kerana ibunya sudah berkahwin. Namun hanya Sharnaaz sahaja yang faham apa yang dimaksudkan oleh Jebat.

Agak-agak apa yang Jebat maksudkan ye. Tidak salah jika Jebat nak mommy baru kan. Kecomelan juga Jebat sering mencur1 perhatian ramai. Walaupun pipi merah-merah ak1bat g1gitan nyamuk, Jebat tetap comel.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah mendapat lebih 26 ribu likes dan lebih 80 komen sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dengar macam “punya ayah kawin”.. Jebat suh baba kawin ke tu.. boleh kawin.. boleh kawin tu yg sya dgr le.. he3.. “

” Jebat,oh Jebat bunyi mcm ayah kahwin, ayah kahwin oops.. Hansem macam daddy nya .. Baba, cpt la kawin Kawinnn.. “

” Nyamuk gig1t pipi ka tu jebat comeyyyyy oiiii.. Baba boleh hawin…. Baba boleh hawin,, So cute and adorable boy.. “

” Chumelll nya la ko nak uikkk… kalu jenjalan jebat jenjalan dlm keta je tau, acik risooo c0v1d case makin mendesupppp peginya… acik doakan jebat dilindungi selalu naaaa… aamiinnn. “

” Yes ada video jebat, rindu laa kita.. Awat pp tu. kena gig1t nyamuk ka.. Dia mcm cakap nak ayah kahwin, ibu dah kahwin, semua dah kahwin. betul tak mcm tu lah yang sy dengar kot.. “

” Comey sgt bby ni. Rasa nak pic1t2. Geyaaaam.. Semut pun ger4m ke pipi dia.. So comel n cute Jayden ikut ang Sharnaaz siket Nabila siket.. Besar dah kan Jebat .. “

” Kena selalu ckp ngn dia.. Klu dia ckp tak betul.. Terus betulkn.. Jgn ikut pelat dia.. Nnt mkin lama mkin jelas ckp.. Comel ckp jerman.. “

Alahai, ada sahaja celoteh Jebat yang menghiburkan walaupun masih pelat. Pastinya ramai peminat juga mengharapkan baba Jebat pula berkahwin selepas ini. Semoga Jebat Jayden Ahmad membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..