” Wow ayah macam abang la, mudanya.. ” – Netizen
Alif Satar Kongsi Gambar Bersama Ayah Dan Ibunya. Wah Ayah Alif Nampak Muda Betul, Macam Abang Dengan Adik Je. Stylo Lagi !!
Jarang untuk dapat melihat Alif Satar berkongsi gambar ibu dan ayahnya serta adik beradiknya yang lain di laman sosial. Selalunya hanya berita tentang karier dan isteri dan anak-anaknya sahaja yang menghiasi akaun sosial pengacara dan pelakon hebat ini.
Sebelum ini nama adik beradik Alif pernah menjadi perbualan peminat kerana keunikan nama mereka. Alif Satar, Mim Satar, Ain Satar dan Jim Satar kesemuanya diinspirasikan mengikut urutan huruf-huruf jawi.
Meninjau entry terkini Alif di Instagramnya, telah dikongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan wajah Alif bersama ayah dan ibunya. Penampilan dan gaya kedua ibu bapa Alif ini menarik perhatian peminat.
Wajah ayah Alif masih terlihat muda dan dikatakan peminat seperti abang dengan adik. Encik Satar yang mengenakan seluar jeans dan tshirt serta berjaket ini membuatkan dirinya nampak bergaya. Ayahnya handsome, patutlah Alif pun kacak dan manis wajahnya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Wajah ayah dan ibu Alif ini memang nampak awet muda dan mendapat pujian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat dikongsikan :
” Lakonan u dlm penjara janji , mantap Pak Abu. hebat sangat anak Uncle Satar n Aunty Fiza ni.. d only versatile artist , d top one in our heart.. hes amazing coz both of u.. “
” Wow ayah macam abang la. All why youthful look, mudanya lah mom and dad Alif ni.. “
” Kenapa ayah dia hensem macam anuar zain. Cikgu Satar kan, mom Alif pun look so young la.. “
” Kasih bawa ke Syurga macam bergambar dengan abang dan kakak je Alif ni. Kim salam ur parent Alif.. “
” MasyALLAH.. kak Fiza masih sama seperti dulu juga. Semoga sihat sentiasa mereka. Aamiinn Aamiinn Aamiinn Ya Rabbal Alamin.. “
” Masih muda bapa Alif . Alhamdulilah masih ada kedua org tua .. berkati lah selagi ada ambil lah paluang keemasan ni.. “
” Sihat selalu mak ayah Alif ni, keluarga yang cukup bahagia. Ayah alif tu ish nampak muda sangat lah, ada gaya tu.. “
Nampak seperti 3 beradik apabila Alif bergambar begini. Semuanya berwajah manis dan wajah Alif nampak iras dengan ayahnya itu. Apa pun, semoga kedua ibu bapa Alif ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berjiwa muda belia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Alif Satar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..