” Lunak sangat suara Zizi sampai merem4ng bulu r0ma.. ” – Netizen

Alunan Suara Zizi Kirana Membawakan Lagu Rottilu Ne Tarannum Hijaz Bersama Farhatul Fairuzah Dapat Pujian Peminat. Mendayu-Dayu !!

Nama Zizi Kirana dikenali pencinta seni kerana imej dan genre muzik yang dibawakannya. Sebelum ini tul4r video rakaman Zizi mengaji dan suaranya mengalunkan ayat suci Al-quran mendapat pujian ramai.

Penerima anugerah Persembahan Terbaik AJL 35 ini juga baru sahaja melancarkan 2 buah lagu barunya sempena Ramadhan. Berkolaborasi bersama kumpulan nasyid UNIC dengan lagu berjudul Syafaat manakala bersama Hafiz Hamidun dengan lagu berjudul Ramadhan.

Meninjau entry terkini di Instagram Zizi, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan nyanyian oleh Zizi dan juara Tilawah Alquran Antarabangsa, Farhatul Fairuzah. Di dalam video tersebut, mereka mendendangkan lagu berjudul Rottilu Ne Tarannum Hijaz.

Mendengar alunan suara Zizi yang ser4k basah ini memang mendayu dan lunak sekali suaranya. Lenggok suaranya memang begitu jelas didengar dan ada juga peminat yang mengatakan gaya suara Zizi seperti wanita Arab yang sebenar.

Jom tonton video di bawah :

Memang sedap suara, baik Zizi mahupun Farha. Perkongsian ini telah mendapat perhatian dan pujian daripada peminat dan antara komen-komen mereka :

” Sedapnya tak puas dengar. Suaranya takleh m0ve on, merem4ng bulu roma ku. Dua-dua pun sedap la suara.. “

” MasyaAllah dik. Merdunya suara awak semoga Rahmat Allah bersamamu selalu aamiin. Mendayu dia tu boleh buat tidur.. “

” MashaAllah, merdunya suara Zizi & Farha. Fuhh.. Dah macam suara Haifa Wahbe. Dua wanita yang sangat hebat.. “

” Zizi nyanyi suara bagi saya tak sedap sangat. Tapi bila bawak lagu arabic, taranum, zikir memang best sangat. tak t1pu.. “

” Sedapnye suara dah la comel sejuk je mate memandang. I’m speechless, merdu sangat Zizi. Semoga terus istiqamah.. “

” Masya Allah zizi.. Istimewanya pemberian Allah untuk kamu dik.. Suara Zizi macam Arab, kalau masuk tilawah al-quran memang sedap ni.. “

” Respect Zizi pandai betul baca Quran dan taranum. suara Zizi macam suara perempuan Arab. Lunak sangat sampai merem4ng bulu roma.. “

Alhamdulillah tidak hanya suara yang merdu, penampilan Zizi juga membuatkan peminat senang dan mendoakan agar Zizi terus istiqomah dengan imej begini. Semoga Zizi terus success dan suatu hari nanti akan terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya. Insha Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizi Kirana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..