” Ayah kandung diaorang kan, patut lah anak-anak cantik.. ” – Netizen

Video Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose Berbuka Puasa Bersama Ayah Mereka Raih Perhatian Peminat. Wah Patut Lah Anak-Anak Cantik Semua, Ayahnya Pun Handsome !!

Siapa tidak kenal akan pasangan dua beradik popular dalam industri hiburan tanah air, iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Pasangan dua beradik ini sering mendapat perhatian ramai kerana mereka kerap menjadi watak her0in dalam drama.

Nelydia telah mendirikan rumah tangga, manakala kakaknya, Uqasha tidak lama lagi akan mengakhiri zaman dar4nya bersama pilihan hatinya, Kamal Adli. Hingga kini, ramai yang tidak sabar untuk melihat majlis perkahwinan pasangan yang dikatakan serasi bersama ini.

Terbaru, menerusi akaun Instagram inaijari telah berkongsi satu video yang memaparkan Uqasha dan Nelydia bersama seorang lelaki. Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah bapa kandung mereka sendiri yang jarang dilihat gambarnya sebelum ini.

Kelihatan dua beradik ini memang sangat manja dengan papa mereka. Dalam video tersebut Uqasha memberitahu bahawa mereka ada bersama papa dan keluarga untuk berbuka puasa bersama. Comel melihat anak beranak ini membuat video bersama papa mereka.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, netizen turut memuji bahawa papa Uqasha dan Nelydia kelihatan kacak. Antara komen-komen netizen adalah :

” Ayah kandung diaorang kan, patut lah anak-anak cantik, selamat berbuka Uqasha dan Nelydia bersama keluarga tersayang.. “

” Kacaknya, memang patut anak-anak semua lawa, huhu, tengok ayah pun dah tahu lah, ni bapa kandung mereka.. “

Umum mengetahui, selain Uqasha dan Nelydia, mereka juga mempunyai adik perempuan, Raysha Rizrose yang kini namanya juga semakin naik dalam industri seni. Raysha merupakan adik yang berkongsi ibu yang sama tapi berlainan bapa.

Mana tump4hnya kuah kalau bukan ke nasi, patut lah cantik kesemua mereka ni.  Uqasha dan Nelydia mempunyai dar4h campuran siam sebelah ibu mereka, manakala Rasya pula, sebelah bapanya pula mempunyai campuran cina.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Inaijari, Nelydia Senrose, Raisya Rizrose

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..