” Wah legend ni, lainnya muka abang Sidi Oraza.. ” – Netizen

Ainina Ahmad B Kongsi Gambar Bersama Bekas Hero Popular, Dato’ Sri Sidi Oraza. Akh1rnya Peminat Dapat Tengok Wajah Terkini Pelakon Lagenda Ini. Dah Banyak Berubah !!

Pada era 90-an dahulu, nama pelakon lelaki Sidi Oraza antara yang sering menjadi sebutan peminat. Sayang Salmah dan Layar Lara adalah antara filem yang menaikkan nama Sidi Oraza dan kini sudahpun bergelar Dato’ Sri Sidi Oraza.

Dato’ Sidi men1nggalkan dunia lakonan dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan perladangan dan baja. Untuk makluman, Dato’ Sidi mendirikan rumahtangga bersama pelakon wanita jelita, Datin Sri Tengku Ismawati.

Meninjau akaun Instagram Ainina Ahmad B, telah dikongsikan sekeping gambar terkini Dato’ Sidi dan Datin Ismawati. Ainina bersama anaknya Elisya mengabdikan potret bersama pelakon hebat ini setelah sekian lama tidak berjumpa.

Ainina yang menulis di kapsyennya memberitahu Dato’ Sidi adalah salah seorang pelakon terbaik yang dikenalinya. Ainina merasa bertuah kerana pernah bekerjasama bersama Dato’ Sidi dalam beberapa drama dulu dan katanya lagi Dato’ Sidi tetap peramah seperti dahulu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah terkini Dato’ Sidi dan Datin Ismawati ini mendapat perhatian daripada peminat. Memang sudah lama tidak melihat wajah keduanya dan mereka nampak sihat. Antara komen-komen peminat :

” Haa ada pun gambar latest. Mesti anak anak dia pun dah besar ye.. ” – Shiera Ijoy

” Tengki Ismawati, sweet je dia kan. saya suka tengok dia lembut je. Peminat dorang ni seangkatan dengan puan jugak.. “

” Lain sikit dah muka Sidi sekarang. Sy suka beliau berlakon, teringat masa sy kecik beliau berlakon di blkg rumah sy.. Isteri nya pelakon jugak kan.. Tgku Isma.. “

” SubhanAllah..legend ni, Alhamdulillah dapat tengok aktor Sidi Oraza. Lama mengh1lang, memang betul best lakonan dia.. “

” Suami isteri dua dua pelakon lama dulu. Memang selalu tengok lakonan mereka. Lejen ni.. wajah tengku ismawati, masih cantik.. “

” Suka abang sidi oraza berlakon. Hampir tak kenal, lain dah wajahnya tapi tetap nampak tampan. Alhamdulillah sihat.. “

” Lama tak tengok abang sidi oraza berlakon. Dulu suka tengok filem abang sidi berlakon, Sayang Salmah.. “

” Wah Legend nie. Lainnya muka abang sidi oraza. Membesar dgn drama2 Melayu 90an. Pelakon & jalan cerita memang terbaek la semua.. “

Alhamdulillah walaupun sudah nampak beruban namun masih sihat dan bertenaga. Terubat juga kerinduan peminat dengan perkongsian Ainina ini. Semoga Dato’ Sidi sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ainina Ahmad B, Seku_two, Fauziahnawi, Youtube Channel Ernest Ralston

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..