” Simple celebration je, suka tengok.. ” – Netizen

Tunku Azizah Muatnaik Gambar-Gambar Sambutan Hari Lahir Puteri Bongsunya, Tengku Puteri Jihan. Serba Ringkas Dan Cantiknya Kek Hari Lahir !!

Menerusi akaun Instagram, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah memuatnaik beberapa gambar sambutan hari lahir puteri bongsunya iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Tengku Puteri Jihan telah menyambut hari lahirnya yang ke 19 tahun. Tunku Azizah telah memberi ucapan kepada puterinya itu dengan nama manjanya iaitu ‘ Baby Gee ‘. Majlis diadakan secara ringkas sahaja.

Sambutan hari lahir tersebut cuma disambut bertiga bersama Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin. Tunku Azizah menyediakan sebiji kek dua tingkat berwarna biru beserta sebatang lilin.

Manakala Tengku Puteri Jihan pula tampil serba ringkas dengan memakai T-shirt lengan panjang berwarna hitam bersama seluar hitam. Wah, simple sangat kan. Apa yang penting, tarikh istimewa begini sentiasa diingati.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini dihuj4ni dengan ucapan selamat hari lahir buat Puteri Jihan. Antara komen-komen yang dberikan oleh netizen :

” Mefarak semb4h setinggi tinggi tahniah ke sisi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Mustafa Billah Shah bersempena dengan hari keputeraan YAM Tengku Puteri Raja yang ke-19.. “

” Semoga YAM Tengku Puteri terus dikurniakan kesejahteraan, nikmat kesihatan yang berpanjangan dan damai sejahtera bersama Paduka Ayahanda , Paduka Bonda dan keluarga tercinta.. “

” Happy birthday to Tengku Puteri Jihan same birthday with me. Semoga diberi yang terbaik dunia dan akhir4t .. “

” Sanah Helwah our dear Princess Jihan. ⁩Semoga diberkati usia, di beri Aafiyat, dilimp4hkan Rahmat Allah SWT sentiasa. Aamiin.. “

” Happy birthday princess Jihan… simple celebration je suka tgk.  Semoga puteri bongsu sihat selalu.. Cantiknya kek..”

” Happy birthday puteri jihan semoga di rahmati Allah selalu aamiin..  semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu ye.. “

” Happy birthday Tengku Jihan… Semoga Allah sentiasa memberi hidayah & kurniakan Tengku kesihatan berpanjangan… Aamiin May Allah Bless & Ease You Always.. “

Serba ringkas namun tetap meriah. Kami di Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Tengku Puteri Jihan yang ke 19 tahun. Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tunku Azizah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..