” Halah comel gaya Datin tiup lighters tu, bersemangat.. ” – Netizen

Video Datuk Fizz Fairuz Memberikan Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Isteri Tercintanya, Datin Almy Nadia. Kelakar Datin Almy ni, Part Ketawa Tu Memang Win !!

Hari ni 27 April, merupakan hari ulang tahun kelahiran pelakon Datin Almy Nadia. Pastinya, ucapan daripada suami menjadi yang paling istimewa. Begitu juga bagi Datuk Fizz Fairuz telah memberikan ucapan istimewa buat isterinya pada lewat malam semalam.

Datuk Fizz telah berkongsi satu video di mana ketika dia pulang ke rumah setelah selesai sh00ting  telah membuat kej0tan kepada Datin Almy yang sedang menonton televisyen dengan menyanyikan lagu selamat hari lahir buat Datin Almy.

Kelihatan Datin Almy tersenyum menyambut kepulangan suaminya yang sambil menyanyi menuju kepada dirinya. Reaksi Datin Almy dengan membuat mim1k muka comel membuatkan sesiapa sahaja yang menonton pasti terhibur melihat pasangan suami isteri ini.

Meskipun Datuk Fizz hanya menyanyikan lagu dan memberikan ucapan buat isterinya, dia sempat menyalakan lighters untuk ditiup oleh Datin Almy. Terhibur melihat gaya Datin Almy yang bersungguh meniup api tersebut.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

D ruangan komen, rakan-rakan artis turut memberikan kata ucapan buat Datin Almy dan netizen juga memuji Datin Almy dalam video tersebut kelihatan comel. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Happy birthday Emyy.. ” – Sharnaaz Ahmad

” Happy borndayy Almy Nadia.. ” – Roy Azman

” Selamat ulang tahun ka Almy Nadia.. ” – Mimi Peri

” She is so cute and natural. Kadang tak perlu nak celebrate bagai, yg penting ingatan ikhlas dan yg terpenting menghargai si dia.. “

” Hahaha comel hal Datin, selama hari lahir, semoga Datin sntiasa dilimp4hkan rezeki berpanjgan dan bahagia bersama keluarga tercinta.. “

” Orang yg betul-betul bahagia tak perlu kek hadiah candle light dinner, Cmni pun dh cukup happy dan sempurna.. “

” Halah comel gaya Datin tiup api lighter tu, bersemangat. Happy birthday Datin, smga sntiasa bahagia bersama Datuk dan diberikan kesihatan yang baik.. “

Walaupun nampak simple saja pasangan ni meraikan, namun sangat lah bermakna. Memang comel pun gaya Datin Almy dalam video tu, patut ramai yang terhibur. Dikesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat Datin Almy, semoga sentiasa dalam lindungan Allah, aamin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Fizz Fairuz, Almy Nadia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..