” Awatnya cheq s4yu part ucapan Datuk K tu.. ” – Netizen

Video Majlis Aqiqah Anak Datuk Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa. Namun Ucapan Datuk Khalid Untuk Datuk Siti Buat Peminat Terharu. Alahai Penuh Kasih Sayang Ucapan Datuk K Tu !!

Baru-baru ini, pada 7 Ramadhan, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Perkongsian tersebut dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi milik Datuk Siti.

Semalam,  Dato Siti telah mengumumkan nama dan berkongsi gambar anak keduanya, merupakan seorang bayi lelaki yang telah diberikan nama sebagai Muhammad Afwa buat tontonan peminat-peminatnya di laman media sosial.

Terbaru, meninjau di Instagram, sekali lagi, Datuk Siti telah berkongsi sedikit sedutan video sempena majlis aqiqah, maulid dan tahnik. Kongsi Datuk Siti pada posting itu, majlis tersebut diadakan penuh sederhana akan tetapi membawa erti yang besar buat keluarganya.

Malah, menerusi penulisan Datuk Siti lagi, rezeki Muhammad Afwa kerana telah mendapat doa dan ditahnik oleh beberapa orang keagamaan iaitu, Datuk Dr Zulkifli Muhamad Al- Bakri, Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal.

Tonton perkongsian video oleh Datuk Siti di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang tidak ketinggalan memberikan kata ucapan tahniah kepada Datuk Siti dan ada yang menyatakan bahawa menonton Datuk K memberikan ucapan menerusi video itu terasa s4yu. Antara komen-komen netizen adalah :

” Cara Datuk Siti nak memperkenalkan anak beliau pada ramai orang adalah sangat menyenangkan , smooth jer cara beliau, Alhamdulillah, tahniah Datuk Siti dapat anak kedua.. “

” Syukur, alhamdulillah, tahniah tokti, dah dapat sepasang, sedap nama baby, semoga menjadi anak yang soleh.. “

 ” Awatnya cheq s4yu part ucapan Datuk K tu, ad0ii memang meruntun jiwa betul, seorang suami yang ikhlas mencintai isterinya.. “

” Tengok Datuk K, rasa sed1h lah pula, apa yang nk disampaikan dalam hati dia pun tak tahu lah, tapi very t0uching.. “

” Alhamdulillah, tahniah Datuk Siti, comel dan sejuk mata memandang tengk gambar Muhammad Afwa, moga menjadi anak yang solehah buat ibu dan ayahnya,amin.. “

” Moga Datuk K dan Datuk Siti sentiasa bahagia di samping anak-anak mereka, huhu sy4hdu tengok Datuk K cakap.. “

” Datuk K ni time dia bagi ucapan je, mesti t0uching lah, mgkin dia rasa diri dah berusia pastu dapat anak, mesti lah seb4k.. “

Alhamdulillah, selesai sudah Datuk Siti membuat majlis aqiqah putera kesayangannya. Seb4k pula tengok riak muka Datuk K ketika memberikan ucapan. Kami dari Berita Kopak mengharapkan semoga pasangan ini akan sentiasa bahagia di samping anak-anak mereka yang comel ini, dan didoakan juga Muhammad Afwa menjadi anak yang soleh, amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..