” Ala ala cutenya Ainul ketawa, bertambah ceria Ainul sekarang.. ” – Netizen

Video Pertama Kali Ainul Mardhiah Sedang Ketawa Riang Dirakamkan Oleh Ibunya, Nurul Erwani Buat Netizen Turut Teruja. Alahai Comelnya Suara Ainul Gelak. Apa Yang Kelakar Sangat Tu Ainul !! 

Segalanya berubah bagi anak istimewa bernama Ainul Mardhiah ini apabila kisah hidupnya menjadi perhatian ramai. Kejayaan pembed4han Ainul dan perkembangannya dari masa ke semasa akan dikongsikan oleh ibunya, Nurul Erwani di laman sosial.

Jika sebelum ini peminat sudah melihat Ainul aktif berlari dan bermain bersama adiknya, Umar. Kini menerusi Instagram Nurul Erwani, video terbaru Ainul sedang ketawa pula dikongsikan untuk tatapan umum.

Erwani yang menulis di kapsyennya itu bertanya samada ada yang ingin mendengar Ainul ketawa dan meminta untuk melihat sehingga ke akhir video. Ini merupakan kali pertama mereka sekeluarga mendengar Ainul ketawa.

Ainul yang sudah pandai mengawal alat di lehernya dilihat menekannya sebelum suara ketawanya kedengaran. Wah bukan main suka lagi Ainul ketawa hari ini dan ini menggembirakan hati Erwani melihat anaknya ini semakin sihat.

Jom tonton video di bawah :

Netizen juga rata-ratanya terhibur dan turut gembira melihat Ainul riang sebegini. Antara komen-komen peminat yang dapat dikongsikan :

” Wow, so happy to hear Ainul laughing. Alhamdulillah, makin banyak telatah Ainul sejak dah besar ni. Semoga sentiasa terus sihat ya sayang.. “

” Alhamdulillah, cepat sembuh dan kuat Ainul. Comel je ketawanya, ee tak puas dengar kakak Ainul gelak. dah ikut perkembangan Ainul sejak di UK lagi.. “

” Alhamdulillah Ainul sayang membesar dengan sihat dan bijak ye sayang. Comel je ketawa, apa lah yang gel1 hati sangat tu Ainul.. “

” Ala ala cutenya Ainul ketawa, bertambah ceria Ainul sekarang. Alhamdulillah semoga terus sihat ya sayang.. “

” Sayang Ainul tengok citer apa tu sampai gelak gelak tu. Pandai nya suka acik tengok kelakar je. Comel sangat ikut tersenyum tengok Ainul ketawa.. “

” Semakin comel dan cerdk Ainul. Alhamdulillah bijaknya Ainul. Ee dia punya ketawa tu comel betul haha. Kita pun nak ketawa sekali la.. “

” Seronoknya dia, ger4m tengok Ainul ni. Pandainya dia tut0p trachea dia untuk ketawa dan keluarkan suara. Anak yang hebat, dengar Ainul sebut Allah la.. “

Alhamdulillah Allah sebaik-baik pengatur, semakin banyak perkara positif yang ditunjukkan oleh Ainul sekarang. Ketawa sambil tekan alat di leher tu comel betul. Semoga Ainul terus membesar dengan sihat dan dapat hidup normal seperti kanak-kanak lain pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nrlerwani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..