” Background music tu yang tak tahan Tuanku.. ” – Netizen

Video Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Sibuk Membuat Biskut Raya Raih Perhatian Ramai. Alahai Nampak Sedap Biskut Tu, Siap Ada Lagu Latar Belakang Lagi  !!

Salah satu hobi Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah adalah suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baharu di dapur Istananya. Malah perkongsian masakan hasil air tangannya sering dikongsikan di akaun Instagram rasmi baginda.

Terbaru, Tunku Azizah telah berkongsi gambar dan video di mana sekarang ini baginda sedang membuat biskut raya. Malah baginda bukan keseorangan, turut kelihatan beberapa orang yang membantu baginda di dapur.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen kerana biskut yang dibuat oleh Tunku Azizah itu kelihatan begitu menyelerakan, ditambah lagi dengan lagu latar belakangnya. Malah gaya baginda yang humble berada di dapur bersama dengan beberapa orang yang lain turut mencur1 perhatian.

Meriah kelihatan suasana dalam dapur istana di mana melihat semuanya saling membantu baginda untuk menyiapkan biskut raya tersebut sambil mendengar lagu raya. Bahkan, baginda sempat membuat video yang merakamkan pembantu-pembantunya itu sedang membuat kerja.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Kelihatan beberapa orang yang beruniform turut membantu baginda di dapur

Di ruangan komen, ramai yang memberikan komen bahawa seronok melihat kemeriahan suasana di dapur istana, malah  lagu yang didendangkan ketika mereka membuat kuih raya itu turut mencur1 tumpuan warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Seronoknya ramai kat dapor. Teringat dulu-dulu balik kampong ramai-ramai buat sama-sama.. Balut ketupat jugak.. “

 ” Bestnya Tuanku. Tahun nie kuih raya tunjuk jela saya.. Sebab tak dpt balik kampung, maka tak merasa masakan ibu tercinta.. “

” Comel tuanku kat dapur, seronok lah smua blh sama-sama buat kuih raya bersama tuanku. Mesti terubat rindu di kampung.. “

” Background music tu yang tak tahan Tuanku, tiba-tiba rindukan desa tercinta, nak balik kmpng, raya dgn mak ayah.. “

” Sedapnya tengok biskut tu, terliur saya, haha. Daulat tuanku, tuanku memang serba serbi boleh, memang permaisuri yang bijaksana.. “

” Kapsyen tuanku tak pernah tak comel, haha menghiburkan, nanti boleh beraya di istana tak, merasa biskut milo tuanku.. “

” Syahdu dengar lagu raya, bukan gembira kali ini, rasa seb4k, tak terasa nak beraya sebb tak boleh balik kmpng, jmp mak ayah.. “

Nampak sedap biskut milo Permaisuri Agong kita, tapi betul, dengar lagu raya terasa kampung nun jauh di mata sedang memanggil-manggil untuk pulang berhari raya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua dan sentiasa jaga diri anda.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Tunku Azizah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..