” Kemain laju kayuh tu Fatima, gear berapa nak jalan tu sayang.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Yang Teruja Hendak Berjalan. Amb0i Fatima, Kaki Tu Bukan Main Laju Lagi. Dah Ready Nak Berlari Ke Tu. Get Ready Mommy Daddy !!

Wajah comel Nur Fatima Aisya seringkali menjadi tumpuan setiap kali ianya dikongsikan kepada umum. Fatima yang sudahpun berusia 6 bulan ini membesar dengan sihat dan menjadi antara anak selebriti yang popular masa kini.

Sebagaimana bergayanya Fazura, begitu jugalah yang dilakukan pada puteri tersayang. Penampilan Fatima yang sentiasa kemas dan nampak comel dengan gaun dan headbandnya membuatkan peminat tidak jemu melihat Fatima.

Meninjau akaun Instagram Fattzurarangers, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima bersama ayahnya, Fattah Amin. Fatima yang memakai baju serba putih lengkap berkasut putih diletakkan berdiri sambil dipegang oleh Fattah.

Lihat sahaja betapa ceria dan terujanya si kecil ini apabila kakinya mencecah lantai. Gembira betul Fatima tak sabar hendak berjalan seperti kata Fazura. Perkembangan yang bagus dan beberapa bulan sahaja lagi pasti Fatima akan bangun untuk berdiri sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Fatima yang ligat kakinya ini membuatkan ramai peminat terhibur. Ish ni kalau sudah dapat kaki nanti, letih lah mommy dan daddy nak kena berkejar. Antara komen-komen peminat :

” Amboi dia nak jalan sendiri tu hehe. Kemain laju kayuh tu Fatima, gear berapa nak jalan tu sayang. Dasat Fatima very the advance, cayok.. “

” Fatima dari dulu suka nau tengok kasut dia. obses dengan kasut ni haha. Just like mommy suka kasut.. boleh bayangkan nnt fatima lari tak cukup tanah mommy kejar.. “

” Fatima nak jadi sprinter ke nanti ni haha. dlm air ged1k2, kena dukung ged1k2 jgk kakinye. boleh jalan lgi laaa.. h1lang terus ni haha.. “

” Moga dapat berjalan sebagai model baby Islamic. Dia udah semangat nak catwalk. kan mama dia selalu gitu. bawaan tugasan mama dia tu.. “

” Kalau kasut dia ade yang bunyi2 dan lampu lip lap tu mesti lagi dia teruja. lompat lompat keluar bunyi siap berkelip-kelip.. “

” Ok dh boleh imagine fazzy dan fattah kejar fatima. nampak macam laju betul tu. comel tau main dengan kaki dia tu.. “

” Alahaii Fatima tak sabar nak jalan dah tu. Kan nak sambut Hari Raya sebab tu lah Fatima mula berlatih nak jalan kan mummy dan daddy.. “

Kayuh Fatima, jangan tak kayuh dan tentunya peminat sendiri teruja untuk melihat si gebu ini berjalan dan berlari nanti. Tengok kaki tu memang semangat betul ye Fatima. Apa pun, semoga Fatima membesar dengan sihat selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattzura Rangers, IG Bamtahdolly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..