” Wow hebatnya, kita yang celik nampak pun type selalu typo.. ” – Netizen

Video Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat Membuktikan Dirinya Membalas Sendiri Komen Dan DM Yang Diterima. Wah Laju Sungguh Azmi Menekan Setiap Huruf Dengan Betul, Jadi Asyik Tengok Jari Jemari Azmi Menaip. Hebat Azmi !!

Nama kumpulan Caliph Buskers mula menjadi perhatian beberapa tahun lalu setelah bakat mereka diketengahkan oleh komposer terkenal, Edry Abd Halim. Vokalisnya, Azmi Saat ditugaskan untuk menyanyikan lagu Romancinta di pentas akh1r Juara Lagu.

Sejak detik itu, kumpulan ini mula mendapat tempat di hati peminat. Azmi yang memiliki suara yang merdu mampu membawakan lagu bernada tinggi. Sekalipun Azmi diuji dengan cac4t penglihatan, namun bakatnya itu memberi satu kelebihan pada insan istimewa ini.

Meninjau akaun Instagram Fauzi Nawawi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Azmi menunjukkan bagaimana dirinya membalas komen dan DM di Instagram miliknya. Dek kerana Fauzi bertanya siapa yang mengawal akaun sosial Azmi, maka terhasillah video pendek ini.

Azmi dalam video ini mengatakan Abang Fauzi Nawawi tidak percaya dia yang menulis sambil jari jemarinya laju menekan skrin telefon pintarnya itu. Wah hebat sungguh teknologi dan hebat juga Azmi yang mampu mengingati kedudukan setiap huruf walaupun tidak dapat melihat.

Jom tonton video di bawah :

Aksi Azmi ini mendapat perhatian dan pujian daripada peminat yang menonton video ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Subhana Allah hebatnya. Saya pulak tercengang-cengang tengok berulang-ulang kali. Allahu besar kuasa Allah.. “

” Abang ipar dengan akak saya pun boleh whatsapp, facebook dan bagi-bagai lagi. Dia orang pun dua duan tak nampak. Tapi handphone canggih la hehe.. “

” Yang sy kagum, kebolehan mendengar golongan ini.. memang power, sb sy ada kawan yang sama.. dan pernah tengok cara penggunaan komputer dan sebagainya.. “

” Masya Allah kelebihan seseorang, hebatnya Azmi terbaik lah. Setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri.. “

” SubhanAllah, masya Allah satu-satunya Orang Kurang Up4ya yang paling saya kagum. Bakat yang sangat sangat luar biasa.. “

” Wow hebatnya, saya tengok dan ulang ulang berkali kali. Masya Allah, kita yang celik nampak pun type selalu typo. Hebatnya Azmi, kuasa Allah setiap makhluk pasti tersemat kelebihan.. “

” Masha Allah, Sungguh Hebat cipta’an mu, ya Allah 8 kali saye tengok ulang alik macam mana Azmi type. Laju betul jari tu, hebatlah.. “

” Masya Allah hebatnya abang Azmi. Walaupun di sebalik kekurangan, Allah bagi banyak sangat kelebihan dan hikmah pada Abang Azmi.. “

Memang kagum betul peminat melihat gaya Azmi membalas pesanan ini. Dalam kekurangan ada kelebihan yang Azmi ada. Teknologi semakin canggih betul kata Azmi itu. Apa pun, semoga Azmi terus success dalam kerjaya dan bahagia bersama isteri tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fauzi Nawawi, IG Azmi Saat

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..