” Your daughter so pretty, banyak ikut muka daddy nya.. ” – Netizen

Irma Hasmie Kongsi Gambar Puteri Kesayangannya, Irma Nur Naylie Bersama Seorang Bayi. Comelnya Naylie, Sama Come Dengan Baby. Makin Nampak Rupa Ayahnya Naylie Ni, Iras Betul !!

Bahagia dengan kehidupannya sebagai ibu kepada 2 orang cahayamata, wajah jelitawan Irma Hasmie masih tetap menjadi ikutan ramai. Sekalipun sudah lama tidak terlibat dalam sebarang drama, Irma aktif sebagai pengacara dan memenuhi undangan sebagai penceramah.

Pada perkongsian terdahulu, Irma ada berkongsikan gambar-gambar sekitar majlis ulangtahun kelahiran anak lelakinya, Redza Syah Irfhan yang ke 8 tahun. Cuma berbeza setahun sahaja dengan adiknya, Irma Nur Naylie, hubungan dua beradik ini memang akrab sekali.

Meninjau entry terkini di Instagram Irma, telah dikongsikan sekeping gambar Naylie bersama seorang bayi. Kedua-duanya terlihat memberikan senyuman yang comel ketika wajah mereka diambil oleh Irma.

Irma menulis di kapsyennya pertanyaan samada ikut senyum sekali tak dan menyatakan apabila kehidupan itu bagus, pastikan kita menikmatinya dan menerima ia sepenuhnya. Namun sekiranya tidak bagus, itu bukanlah selamanya dan pastinya hari yang lebih baik akan muncul nanti.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah Naylie ini mendapat respon daripada peminat. Memang nampak ayu dan tenang sahaja airmuka Naylie, sebijik muka ayahnya, Redza Syah. Antara komen-komen peminat :

” Dapat baby baru ka, comel. Dah besar Nayli, muka daddynya. C0pywrite hab1s.. “

” Cantiknya Nayli, comel anak dara Irma. Dua-dua lah comel.. “

” Your daughter so pretty, banyak ikut muka daddynya.. “

” Masya Allah cantiknya, muka kakak Nayli copy hab1s muka daddynya. Comel-comelnya semua.. “

Setiap kali wajah Naylie ataupun Irfhan dikongsikan pastinya mendapat pujian peminat. Iyelah kedua-duanya ada wajah yang lembut sahaja. Tambahan lagi wajah Irma dan Redza juga tidak jauh bezanya, nampak seperti adik dan abang.

Mana tump4hnya kuah jika tidak ke nasi betul tak. Jika Irfhan dikatakan oleh peminat seiras seperti Irma, Naylie pula banyak mewarisi wajah daddynya. Apa pun, semoga Naylie membesar menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa dan baik budi pekertinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Irma Hasmie, IG Redza Syah Azmeer

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..