” Comel je Papa Alvin dukung Gabriel. Last picture is the cutest one.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Alvin Chong Bersama Anak Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel. Amboi Gembiranya Muka Gabriel Bila Dengan Papa Alvin. Gambar Last Tu Manja Betul !!

Keakraban dan persahabatan antara Emma Maembong dan Alvin Chong sudah lama terjalin. Malah ketika Emma selamat bersalinkan anak sulungnya, Shariq Arshan Gabriel, Alvin antara yang terawal datang menziarahi sahabat baiknya ini.

Meninjau akaun Instagram Shariq Gabriel, telah dikongsikan beberapa keping gambar ketika Alvin datang menjenguk Gabriel. Alvin yang menggelarkan dirinya sebagai Papa Alvin memel0k dan mendukung erat Gabriel.

Pelbagai reaksi wajah antara Gabriel dan Alvin yang dapat dilihat daripada gambar-gambar yang dikongsikan ini. Gabriel yang memiliki mata bulat dan cantik ini nampak ceria sekali apabila gambarnya diambil.

Seorang comel dan seorang handsome, gelagat Gabriel dan Alvin meraih perhatian peminat. Sehingga kini, perkongsian ini sudahpun mendapat sebanyak 33 ribu tanda suka dan ratusan komen daripada peminat.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Gambar Gabriel bersama Alvin ini mendapat perhatian daripada peminat. Alahai dua-dua muka gembira betul bila bertemu mata. Antara komen-komen peminat :

” Ayah angkat dengan anak angkat sama comel haish payah. Happynya papa dapat jumpa Gabriel.. both cuteness overloads.. “

” Comelnya, tak sangka baby pus Emma jadi Papa Pus dah. Manja Shariq dengan Papa Alvin, so kiut.. “

” Comel sangat la dua2 ni.. Papa alvin so loving, dah boleh kawin dah tu hehe. Papa Alvin belajar jadi papa ke tu, comel lahh.. “

” Can’t decide who’s cuter, dua-dua comel. You are really a father material.. both of you r d4mn cute.. “

” He loves his Papa Alvin very much. Comel je Papa Alvin dukung Gabriel. Last pic.. the cutest one.. hshshs.. “

” Gabriel happy jumpa Papa Alvin, comel sama dengan Papa Alvin. Suka betul muka dia tu. Papa Alvin kasi Shariq angpao la.. “

” Untung la baby shariq gabriel selalu dpt jumpa papa alvin.. makin comel baby shariq.. cpt je besar kan.. “

Sama comel Gabriel dan Alvin ini dan peminat juga suka melihat kemesraan antara mereka. Gabriel pastinya dewasa kelak bakal jadi handsome seperti babah dan Papa nya ini. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah dan membesar dengan sihat selalu Gabriel.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shariq Gabriel, IG Emma Maembong, IG Alvin Chong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..