” Best la Arrian, banyak kali ulang tengok.. ” – Netizen

Tomok Kongsi Video Anaknya, Arrian Shah Akid Menyanyi Lagu Bunyi Haiwan Diiringi Petikan Gitar Daripada Tomok. Pandainya Arrian Menyanyi, Sedap Bunyi Slang Dia !!

Populariti anak kepada penyanyi Shah Indrawan atau dikenali sebagai Tomok di laman sosial Instagram tidak perlu disangkal lagi. Kepetahan dan telatah anak sulungnya, Arrian Shah Akid membuatkan dia sentiasa menjadi perhatian peminatnya. Untuk rekod, Hasil perkongsian hidup Tomok dan Rahayu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Arrian Shah Akid, Andra Shah Iman dan Siti Khadijah.

Meninjau ke laman Instagram milik Tomok, telah dikongsikan sebuah video Arrian sedang menyanyikan lagu bunyi haiwan dalam bahasa Inggeris diiringi petikan gitar daripada Tomok. Rahayu, Andra dan Khadijah turut sama duduk mendengar nyanyian Arrian.

Menerusi kapsyen tulisan Tomok, lagu itu ditujukan kepada anak perempuannya iaitu Khadijah atau lebih mesra dipanggil Dadija. Arrian menyanyi dengan menunjukkan satu persatu patung haiwan yang terletak di atas meja serta menyebut nama haiwan dan bunyi haiwan tersebut.

Kepetahan Arrian menyanyi dalam bahasa inggeris membuatkan ramai yang ca1r hati apabila menonton video tersebut. Ramai yang memuji suara Arrian yang sedap didengar dan nyanyiannya yang mengikut tempo yang betul. Perkongsian daripada Tomok itu turut mera1h ribuan tanda suka dan ratusan komen.

Jom tonton video di bawah :

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji suara Arrian yang sedap ketika menyanyi sehingga ada yang mengulangi video tersebut berkali-kali.  Selain itu juga, ramai yang suka melihat keluarga Tomok dan berharap dapat mencontohinya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

” Cute lah anak2 Tomok.. Abang pandai n handsome.. Suka tgk family Tomok very loving n sopan plus humble.. Semoga slalu dlm lindungan Allah SWT. Aamiin2 YRA.. “

” Woww bravo.. Love the accents.. Good job arrian.. Best pulak lagu bunyi haiwan awak.. 5x ulang tengok.. Bijak2 sume anak tomok.. “

” Best pulak lagu dia.. La dah besar dah abang Arrian..  Sedap suara dia.. Kenapa tak boleh like satu juta kali best sangat ni.. “

” Pandainya.. Sedap suara ank 6x ulang.. Another song plss arian ensem.. Sump4h bijak subhanallah semoga anak saya menjadi macam arrian.. “

“Wah.. Best la arrian.. Byk kali ulang tengok.. Best la lagu ni utk ank2 blaja pon ok.. Suka tgok family Tomok ni… Comelnya semua.. “

” Accent awk n tone tu  tak lar1 yg buat acik tgk sampai hab1s arrian.. Pandai dia.. Comei nya arrian.. Besar dah arrian plus suara pun sedap.. “

” Terh1bur pulak.. Ulang tengok 2x.. Pandai arrian dari kecil lagi.. Tgk dlm utube pun acik tak tgk sampai abes.. Ini bole pulak ral1t smpai ke petikan gitar y terakh1r.. “

Bijaknya Arrian, sangat kagum melihat kepetahan Arrian menyanyi dalam bahasa Inggeris siap dengan slang sekali. Pastinya ia datang daripada didikan yang diberikan oleh Tomok dan Rahayu kepada anak-anaknya. Semoga Arrian membesar dengan sihat, pandai, soleh bertanggungjawab kepada ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..