” Cantiknya, mengandung pun comel.. ” – Netizen

Penampilan Terbaru Nad Zainal Yang Kini Sar4t Mengandung Anak Kedua Raih Perhatian Peminat. Wahh, Berseri-Seri Dan Comel Jer Tengok ‘Baby Bump’ Tu !!

Umum mengetahui bahawa pelakon Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin kini sedang mengandung anak kedua. Kandungannya kini hampir mencecah 7 bulan dan Nad tidak mengalami sebarang al4han untuk kandungannya kali ini.

Meninjau ke akaun Instagram, Nad ada memuatnaik beberapa keping gambar terbarunya. Dengan kapsyen yang menyatakan dia menikmati udara petang di kawasan rumahnya, wajah Nad nampak begitu berseri-seri dengan memakai pakaian berwarna hijau.

Setiap wanita yang mengandung pasti mempunyai aura mereka yang tersendiri. Kebiasaannya, wanita mengandung ini sememangnya nampak berseri daripada selalu. Jadi disebabkan itu, penampilan wanita mengandung ini akan nampak cantik dan luar biasa.

Sebanyak tiga keping gambar dikongsikan oleh Nad di entrinya ini. Nad dilihat begitu bersantai sekali di tepi kolam ikan. Tampil ringkas pun nampak cantik dan nampak comel dengan ‘baby bump‘ nya. Inilah yang dikatakan seri ibu mengandung.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini telah meraih perhatian pengikut Instagram Nad dan kebanyakannya memuji penampilan Nad yang begitu cantik berseri. Antara komen-komen yang diberikan :

” Cantiknya, bestnya, so cute mommy.. You looked calm and then later at 10pm, another character… baby girl ni. wow berserinya.. “

” You are so cute nad zainal, comelnya perut tu. cantiknya nad zainal. mengandung pun comel. berseri-seri wajah ibu mngandung.. “

Untuk rekod, Nad telah mendirikan rumahtangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Fahad Ibrahim Muhammad Faliq yang kini sudah berusia 4 tahun. Pastinya pasangan ini mengharapkan dikurniakan cahaya mata perempuan pula.

Nampaknya tidak lama lagi Fahad Ibrahim akan bergelar seorang abang pula. Kami di Berita Kopak mengharapkan semoga segala urusan Nad Zainal dipermudahkan sehingga ke saat melahirkan. Semoga Nad sihat selalu dan semuanya selamat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nad Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..