” You look 10 years younger, tetap handsome.. ” – Netizen

Dato’ Fazley Yaakob Kongsi Gambar Gaya Rambut Baru Tanpa Memakai Hair Wax. Wah Nampak Lagi Muda Dari Usia, Maintain Handsome !!

Nama Dato’ Fazley Yaakob sudah tidak asing lagi di kalangan peminat tempatan. Fazley mula dikenali sebagai penyanyi dan kini lebih menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan masakannya selepas menjadi juara dalam rancangan MasterChef Celebrity pada tahun 2012.

Hasil tinjauan di laman Instagramnya, Fazley ada berkongsi beberapa gambar selfie ketika keluar rumah dengan gaya rambut tanpa memakai hair wax.  Fazley yang memakai baju berwarna hijau kelihatan tersenyum manis biarpun rambutnya tidak seperti kebiasaannya.

Hal ini berlaku kerana memenuhi permintaan isteri dan juga anak-anaknya yang mahukan bapa mereka tidak memakai hair wax. Ini dikongsi Fazley di ruangan kapsyennya. Jika perasan, penampilan Fazley selalunya kemas dengan rambut yang disisir rapi.

Biarpun begitu, kelainan pada rambutnya itu tetap tidak mengubah sedikitpun penampilan Fazley. Rata-rata peminat berpendapat, Fazley tetap kelihatan handsome dan segak seperti selalu. Bahkan ada juga yang mengatakan Fazley nampak lebih muda dan cool biarpun sudah berusia 43 tahun.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Fazley mendapat banyak tanda suka daripada peminat. Rata-rata mereka memuji penampilan Fazley yang masih tidak berubah. Antara komen-komen mereka adalah :

” Rambut baru ke DFY.. Segak, Still looking good chef, waaa…. tetap handsome jg.. Wow.. Dato u look cool.. “

” Nmpak santai je.. sllu kalau pakai wax muka nmpk cam serius.. mcm ala2 garang n tegas gitu, Makin muda.. “

” Maigad.. U look young everyday.. seems like you never aged.. Still handsome, Never aged, Always hot.. “

” Better this way, u look 10 years younger, btw i like the color of yr shirt, lagi nampak mudo.. “

” U look good Dato ever not inyr hair wax i think u look better, Tetap handsome, Hensem seperti selalu.. “

” Tapi tetap kacak bah bang, Still good looking, style abg… look more young.. “

Untuk rekod, Fazley telah mendirikan rumah tangga bersama Azrene Soraya Abdul Aziz. Hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta, Fazley dikurniakan 4 orang cahaya mata yang comel. Tiga daripada mereka adalah lelaki dan seorang lagi perempuan.

Sebagai seorang selebriti, tampil kemas sepanjang masa menjadi keutamaan buat Fazley lagi-lagi ketika berhadapan dengan pelanggan dan juga peminat. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fazley diberikan kesihatan yang baik dan bahagia disamping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Fazley Yaakob, Azrene ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..