” Ad0h tengah sy0k layan cerita, iklan pulak haha.. ” – Netizen

Fedtri Yahya Kongsi Lukisan Komik Terkini Anaknya, Ahmad Wildan Arjuna Yang Mencuit Hati. Amboi Juna, Jalan Cerita Siap Ada Orang Kena K1lat Lagi. Helaian Iklan Tu Paling Win !!

Personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya antara selebriti yang menjadi tumpuan ramai kerana ketrampilan dan gaya penulisannya yang berseni. Fedtri yang aktif di laman sosial ini sering berkongsikan tentang gelagat anak-anaknya ketika mereka bersama. Fedtri sehingga kini sudahpun mempunyai 4 orang anak yang comel-comel belaka.

Hasil tinjauan kami di Instagram Fedtri, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan karya anaknya Arjuna melukis komik. Arjuna yang suka melukis dan mewarna ini seorang yang ceria dan sangat petah percakapannya.

Ini bukanlah kali pertama Fedtri menunjukkan hasil lukisan komik Arjuna. Kali ini komik Arjuna tentang orang jah4t dipan4h k1lat. Berhelai-helai dilukisnya gambar kartun mengikut imaginasinya dan tidak ket1nggalan ada part iklan juga.

Jika anda mengikuti perkongsian Fedtri, setiap komik yang dilukis Arjuna pastinya akan diselitkan si kecil ini ruangan untuk iklan. Kali ini komik Arjuna ada kelainannya kerana iklannya bukan berada di pertengahan cerita tetapi di penghujung. Lucu juga Arjuna ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Fedtri ini meraih perhatian peminat dan rata-ratanya terhibur dengan komik Arjuna ini. Antara komen-komen mereka :

” Panjang pula iklan malam ni ya juna. Harap esok ada sambungan, tak sabar nak tunggu cerita lepas iklan hehe.. “

” Siap ada iklan lagi tuh haha. bijak bijak Juna ni, daya imaginasi yang tinggi la Juna. Mesti bijak berkarya macam daddy nanti.. “

” Iklan to be continue haha. Iklan bukan dekat tengah-tengah ke Juna hahah.. Jarang cerita ada iklan kat hujung ni.. “

” Suruh dia lukis kuih Apollo part iklan tu. Baru lengkap drama sebabak Juna hehe. Juna dan iklan berp1sah tiada.. “

” Ad0i la sangat comel la cerita komik Juna ni. Wajib ada iklan dalam komik Juna. sekarang ni posting abg fedtri mesti dok tertunggu² sbb nk baca komik juna.. “

” Lamanya iklan, aii la Arjuna iklan tak pernah t1nggal. Buka tulis masih banyak kosong, kita lukis la Juna ek hehe.. “

” Alaaa ade iklan.. hahah trhibur sgt.. bijak laa juna.. Antara banyak-banyak iklan, aunty suka iklan Juna hehe.. “

” Aduh tgh syok layan cerita, iklan pulak. Comel la, esok continue tau Juna hehe. Banyak tengok drama tv ni haha.. ” 

Kreatif sungguh si Arjuna ini dan jalan cerita komiknya juga menghiburkan peminat. Siap ada iklan tu memang sama seperti di kaca TV cuma pel1k apabila berada di penghujung cerita. Arjuna Arjuna penghibur hati daddy sungguh. Apa pun, semoga Arjuna membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..