” My solemnization day, Alhamdulillah syukur.. ” – Sabrina Ali

Gambar Sabrina Ali Di Hari Akad Nikahnya Bersama Jejaka Pilihan, Wanji Aswandi. Wah Berseri-Seri Pengantin Baru Ni, Tahniah Sabrina !!

Sekitar bulan September yang lalu, tular gambar Sabrina Ali bersama Saiful Apek yang mengenakan busana pengantin. Menjadi bualan peminat, kedua-duanya tidak memberi sebarang kenyataan berhubung gambar ini dan ada juga yang mengatakan itu hanyalah sekadar lakonan mereka bersama.

Hari ini menjawab status diri Sabrina apabila Sabrina berkongsikan sesuatu di Instagramnya. Hasil tinjauan kami di Instagram Sabrina, telah dikongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan Sabrina dalam busana pengantin berwarna putih.

Kapsyen Sabrina juga menyebut hari akad nikahnya dan kesyukurannya atas perkahwinannya itu. Untuk makluman, Sabrina sebelum ini pernah melalui 2 perkahwinan namun semuanya berakhh1r dengan perp1sahan. Sabrina turut mempunyai 3 orang anak bernama Ariyana, Syed Aryan Khan dan Syed Adrian Khan.

Bintang filem Khuraf4t ini juga pernah memberitahu kepada Portal Berita Harian bahawa perhubungan dengan bekas suami masih berjalan dengan baik demi anak-anak. Tidak ser1k untuk berkahwin lagi, Sabrina turut mengatakan dia lebih berhati-hati dalam mencari jodoh.

Jom baca perkongsian di bawah :

Berita gembira ini mendapat respon daripada peminat dan mereka turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Sabrina. Antara komen-komen mereka :

” Wow beautiful. Congratulations, alhamdulillah tahniah beb. . “

” Congratulations queen. Hope you happy as always, Congrats again beautiful.. “

” Tahniah Kak Sabrina. Semoga perkahwinan ini mendapat rahmat dari Allah. Kekal ke syurga Insya Allah .selamat pengantin baru.. “

Sabrina turut memuatnaik beberapa keping gambar di Instagram storynya. Salah satunya tertera nama pengantin lelaki iaitu Wanji Aswandi dan tarikh akad nikah mereka iaitu 26 Disember 2020.

Ucapan tahniah daripada seseorang yang memanggil kedua mempelai ini sebagai ayah dan mummy :

Gambar bersama sanak saudara terdekat yang turut dikongsikan :

Cantik berseri sungguh Sabrina dalam busana pengantinnya itu. Pastinya ikatan perkahwinan ini diharapkan memberikan kebahagiaan untuk Sabrina dan anak-anaknya. Apa pun, selamat pengantin baru untuk Sabrina dan Wanji Aswandi dan semoga perhubungan ini berkekalan sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sabrina Ali, Portal Berita Harian

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..