” Comel betul, putih macam kakak dia.. ” – Netizen
Wajah Terbaru Anak Dato’ Jamal Abdillah, El Issac Yamani Yang Sudah Berusia 1 Bulan. Alahai, Handsome Lah Awak, Senyuman Tu Manis Sangat !!
El Issac Yamani merupakan anak kedua Dato’ Jamal Abdillah bersama Datin Zai Izzati. Dengan panggilan manjanya Zack, dia dilahirkan pada 11 November lepas. Meninjau ke akaun Instagram isteri Dato’ Jamal, gambar terbaru Zack ada dikongsikan.
Ini merupakan perkahwinan keempat Dato’ Jamal dan seorang lagi anak mereka ialah Nur Azura Yamani yang berusia 1 tahun lebih. Tarikh lahir Azura juga sangat mudah diingati seperti adiknya iaitu pada 10 Oktober 2019. Dato’ Jamal turut mempunyai dua lagi anak lelaki melalui perkahwinannya yang terdahulu.
Wajah Zack yang sedang tidur dilihat tersenyum manis membuatkan ramai memuji kecomelannya. Zack dilihat semakin m0ntel berbanding dahulu dan kulitnya begitu putih seperti kakaknya, Azura. Alahai, ger4m pula melihatnya.
Datin Zai Izzati gemar berkongsi gambar anak-anaknya di akaun Instagram. Jika dahulu wajah Azura sering mencur1 perhatian pengikut Instagramnya, kini wajah Zack pula menjadi perhatian. Sememangnya kedua adik-beradik ini sangat comel.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Kecomelan Zack telah mendapat pujian daripada netizen. Ramai menyatakan Zack seorang bayi yang comel dan handsome seperti bapanya. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Asalmualaikum Datin, aamiin ya rabbal alamin semoga ank datin mjdi ank soleh dan soleha Alolo comeynya… Emsem boy mommy.. “
” Alhamdulillah… sekjp je dh sbulan baby zack..comel btul putih mcm kakak dia azura.. semoga baby zack membesar dgn sihat..semoga mnjdi ank yg soleh dunia dan akhirat.. “
” MasyaAllah comelnya baby Isaac. Semoga isaac membesar dgn sihat walafiat serta jadi ank kebangaan org tuanya. Aminn.. “
” InshaAllah aminnn… Comellll sangat… Mcm kakak die azura. Alhamdulillah muka bondanya sejuk. handsome prince, comelnya dia.. “
” Ya Allah hensemnyer zack…… comeyyy.. aaminn..moga jd ank yg soleh. putihlah zack, hensem sangat. comel macam kakak dia.. “
” Baby tidur sambil senyum, Manisnya zack senyum… Alhamdulillah.. Moga jd ank soleh.. Isaac. Amboi nama anak.. betul isteri kebanggaan uncle jamal.. “
” Alhamdulillah… Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. comelnya zack..mcm azura juga. Subhanallah comelnya baby. muka jamal sungguh yang ni. segaknya dia.. “
” Alhamdulillah.. besar n comel. Hensemnya baby Zack Sihat slalu ya nak. subhanallah, kacak ter0k la awak ni bby zack…. smoga membesar bgaikn juara yer nak…. jd org hebat mcm baba awak, hormat org tua, kirim slm pel0k ci0m utk azura….. “
Alahai, comel sangat lah Zack. Sekejap sahaja sudah berusia sebulan dan senyuman Zack tu melting sangat. Semoga El Issac Yamani membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh serta menjadi anak yang membanggakan ibu dan bapa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zai Izzati
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..