” Bentuk muka dengan lesung pipit ikut daddy tapi muka ikut mummy.. ” – Netizen

Video Shukri Yahaya Bersama Anak-Anaknya, Aaira Ameena Dan Maleeq Miqayl Ketika Meluangkan Masa Di Rumah. Wajah Comel Maleeq Raih Perhatian Ramai Peminat. Wah Bilik Tidur Ameena Pun Bukan Main Cantik Sekali !!

Pelakon yang boleh dianggap sebagai hero pilihan ramai dalam drama, Shukri Yahaya mula terlibat dalam industri hiburan sejak tahun 2011 lagi. Shukri telah mendirikan rumah tangga dengan bekas pelakon, Siti Nurfatihah  atau lebih dikenali dengan nama Tya Adnan.

Meninjau ke akaun Instagram isterinya, Tya telah memuatnaik video Shukri bersama dua orang cahaya mata mereka iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl. Dengan kapsyen ‘ Home is our favourite place to be ‘, ini bermakna rumah merupakan tempat paling tenang buat mereka meluangkan masa bersama anak-anak.

Maleeq yang dilahirkan pada 20 Julai yang lepas kini sudah berusia 4 bulan lebih manakala Ameena pula baru berusia 4 tahun. Memiliki sepasang cahaya mata telah melengkapkan lagi hubungan dan kehidupan berumahtangga pasangan ini.

Video yang berdurasi dalam seminit ini telah mendapat ratusan ribu tontonan dan ramai bersetuju dengan kapsyen yang ditulis oleh Tya. Wajah comel Maleeq dan katil Ameena juga telah meraih perhatian ramai peminat dan ramai menyatakan wajah maleeq lebih iras seperti Shukri.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bentuk muka dengan lesung pipit ikut daddy tapi muka ikut mummy, Comelllllll sangat. Cntiknye katil kakak. beautiful family.. “

” Having somewhere to go is home, having someone to love is family, having both is blessing. Happy till jannah kak tyaadnan dan keluarga .. “

” Dua2 anak tya ade dimples cute sngat. Ameena smile aunty pun smile . comel, happy and loving family . kemain cntikla tmpt tido kakak.. “

” Betul2.. kemana pn kita pg & brpa lama pn kita pg pasti akn rindu nk blk rumah… Sb rumah kita ada segala segalanya.. “

” Alhamdulillah.. bertuah lah Tya Allah memberikan kesempurnaan dlm kluarga …till Jannah Tya white family.. kecikk pun dah hensem.. “

” Manis sgt laa muka ameena, maleeq handsome. Halah halahh part last skali time Airaa nak tido tuuuu. Comelyer ameena n adik.. “

” Lebatnya rambut dia . cute betul yang baby tu. Awww… happy family. Yesss indeed, semoga cinta n kasih ini akan membawa ke syurga.. Aamiin YRA.. “

Kedua-dua anak Shukri sangat comel kerana mewarisi kecantikan si ibu dan ketampanan si bapa. Semoga jodoh Shukri Yahaya dan Tya Adnan berkekalan sehingga ke jannah serta sentiasa berbahagia di samping anak-anak yang tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Adnan, Shukri Yahaya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..