” Amboi yang laki tak yah cakap la, hat perempuan semua cun-cun.. ” – Netizen

Video Glow Up Challenge Haziq Husni Bersama Adik Beradiknya Cur1 Perhatian Peminat. Wah Berbeza Sangat, Cantik Dan Kacak Semua Adik Beradik Haziq Ni. Yang Perempuan Tu, Cun Melecun Semua !! 

Suara dan rupa penyampai radio dan pengacara, Haziq Hussni bukan asing lagi untuk peminat. Haziq yang turut bertugas di konti stesen radio H0t FM ini semakin bersinar sebagai salah seorang pengacara lelaki versatile yang digemari ramai.

Kehebatan Haziq dalam mengacara membuatkan Haziq dipilih untuk bergandingan bersama Sherry Alhadad bagi program hiburan, Muzik Muzik sejak beberapa tahun yang lalu. Banyak lagi program TV yang dihoskan oleh Haziq, antaranya Nasi Lemak Kopi O dan Borak Kopitiam.

Meninjau akaun Instagram Haziq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Haziq membuat glow up challenge. Menampilkan wajah bersama adik beradiknya yang lain, wajah kesemua adik beradik Haziq ini nyata berubah jauh antara dahulu dan sekarang.

Haziq, Raziq, Balqish, Rabea dan Khaleeda merupakan nama adik beradik Haziq dan ada ditulis dalam video ini. Wajah mereka 11 tahun lalu nampak berbeza dari sekarang, apabila semuanya dewasa, terserlah kecantikan dan ketampanan masing-masing.

Jom tonton video di bawah :

Perubahan wajah Haziq dan adik beradiknya ini meraih perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” Fuhhh adik beradik pompuan comey-comey belaka, patut la haziq handsome kemain.. ” – Shuib Sepahtu

” Manthiapp eh semuaa handsome-handsome anak lelaki. mata kau paling clear ziq.. Ni keturunan apa ni cantik-cantik belaka.. Yang pempuan cun melecun.. “

” Wow cantik-cantik handsome-handsome. Dulu tak mandi, sekarang dah wow sangat memasing.. “

” Semua glow ter0kkkk, cantik adik beradik Haziq ni. Perempuan cun-cun, yang lelaki tampan betul.. “

” Cantiknya yang perempuan semua, tak tido aku tengok. Cantik sangat sangat, macam Arab pun ada muka.. “

” Fuhhhh.. Masing-masing merec1k. Handsome dan cantik semua. Helok-helok ya semua anak Pak Hussni ni.. “

” Amboi yang laki takyah cakap la. Hat pompuan semua cun-cun cantik-cantik.. Perghh yang guguls semua segak-segak weyy.. Cantiknya kakak-kakak.. “

Memang cantik-cantik dan kacak-kacak semua adik beradik Haziq ini. Lihat sahaja ibu ayah Haziq juga memiliki rupa paras yang manis dipandang mata. Apa pun, semoga Haziq dan semua adik beradiknya ini sentiasa berjaya dalam kerjaya masing-masing dan menjadi insan yang berguna.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Haziq Hussni

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..