” Sofia iras mommy rupanya, you were so cute.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Bersama Sepupu-Sepupu Irishnya Semasa Kecil, Wajah Che Puan Sarimah Ibrahim Saling Tidak Tumpah Seperti Anaknya, Tunku Sofia Najihah. Alahai, Comel Sangat !!

Sejak mendirikan rumah tangga bersama Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, Che Puan Sarimah Ibrahim sudah lama menyepikan diri daripada dunia hiburan. Sarimah dahulunya sangat aktif dalam dunia pengacaraan kini menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap keluarga.

Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, Sarimah tetap mempunyai peminat yang sering mengikuti perkembangan dirinya. Dia kini sering berkongsi perkembangan dan hal keluarganya di akaun Instagram yang mempunyai sejumlah 406 ribu orang pengikut.

Sarimah kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Sofia Najihah. Sofia kini sudah berusia 1 tahun dan wajah Sofia begitu comel kerana mempunyai ibu dan bapa yang berdar4h kacukan. Lihat sahaja Sarimah yang tetap maintain seperti dulu walaupun sudah mencecah usia lebih 40 an. 

Meninjau ke akaun Instagram, Sarimah telah memuatnaik gambarnya semasa kecil. Gambar tersebut merupakan gambar Sarimah bersama sepupu-sepupunya yang berbangsa Irish. Tidak sukar untuk mengenali yang mana satu Sarimah. Semestinya yang berambut hitam kan.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Wajah comel Sarimah ketika kecil mendapat pujian daripada netizen. Ada yang menyatakan wajah Sarimah seiras anaknya, Sofia. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” So pweety and beautiful. The only girl with black hair… so tomeyyy. Cantik mamy ni dari lahir dah cantik. Comelnya banjar.. “

” Masya Allah sis sarimah from young dah cantik…. sampai sekarang… Sofia iras mommy rupanya.. you were so cute. Assalamualaikum CP.. sory l just tanyer khbr.. ur dear brother in KL.. “

” Like pevitapeace also mixed-banjarian-kalsel. I went to Shannon many years ago. It was very foggy but the weather was nice! It was a work trip. But I did visit the Bunratty Castle. Only it was closed that time.. “

” Are you CP Sarimah with a black hair. Banjar mmg lawa2 plus mix plak kan.. And I can’t wait to bring my Irish son back to Malaysia to visit his cousins.. “

” Org Banjar memang lawa lawa. Omg banjarians. Me too.. kulaan Kak sarimah ibrahim org batu pahat johor… “

Umum mengetahui, perkahwinannya bersama Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar merupakan perkahwinan kedua Sarimah. Sebelum ini, Sarimah pernah berkahwin dengan jejaka berbangsa Inggeris, Andrew Browning Abdullah namun jodoh mereka tidak panjang.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Che Puan Sarimah Ibrahim sentiasa berbahagia bersama keluarga dan berkekalan jodohnya bersama Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar. Pastinya kehadiran Tunku Sofia Najihah menceriakan lagi kehidupan rumah tangga pasangan ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sarimah Ibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..